Jumaat, 6 November 2015

Pejabat Malaysiakini diserbu

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis sedang mengadakan serbuan ke atas pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya ketika ini.

Serbuan melibatkan sekitar 10 orang pegawai dari kedua-dua pihak berkuasa tersebut yang bermula pada kira-kira jam 5.15 petang ini, menurut sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai SKMM tersebut kini sedang berbincang dengan Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan pihak mereka masih tidak pasti motif serbuan itu.

Menurut sumber, kedatangan SKMM dan polis itu berhubung laporan eksklusif Malaysiakini mengenai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Beliau yang pernah terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting sebelum ini dilaporkan ditukarkan secara mengejut minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan berita mengenai laporan ini turut disiasat pihak polis.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan atau sebarang peralatan seperti komputer riba dirampas.

Pada Rabu, mengulas laporan Malaysiakini itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pertukaran yang dibuat itu hanya di peringkat dalaman dan Shazalee masih berkhidmat dengan SPRM, cuma bukan lagi di Bahagian Operasi Khas.

Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang sedang menyiasat SRC International Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan.

Nancy berkata, pertukaran itu adalah kerana kenaikan pangkat Shazalee dalam perkhidmatan awam, yang dinilai berdasarkan gred. – 6 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: