Rabu, 4 November 2015

Laluan Tapah-Gopeng di PLUS ditutup sementara kerana ini

Lebuhraya utara selatan laluan Tapah-Gopeng ditutup 2 hala sejak tengah hari tadi susulan kebocoran tangki muatan gas sebuah lori tangki, menurut jurucakap Pusat Trafik PLUS.

Beliau berkata penutupan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih kebocoran tangki itu yang disertai pasukan bomba bersama kakitangan PLUS.

"Laluan itu dijangka dibuka semula lewat petang ini selepas kerja yang dijalankan selesai," katanya.

Pengguna lebuh raya dinasihat menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi.

Jurucakap itu berkata anggota polis turut mengawal lalu lintas di lokasi kejadian. – Bernama, 4 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: