Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata pengurangan 9% pelancong dari Januari hingga Jun tahun ini tidak harus dilihat sebagai luar biasa tetapi suatu keadaan yang normal selepas mengadakan tahun khas.
"Tahun 2014 adalah tahun istimewa untuk kita dengan peningkatan dalam ketibaan pelancong," katanya dalam sidang media sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.
"Masalahnya adalah tahun selepas diadakan Tahun Melawat Malaysia, jumlah pelancongan akan menurun seperti 2015 yang sama dengan tahun lain.
"Jadi jika kita membandingkan jumlahnya, ia pasti menunjukkan pengurangan pelancong bagi tempoh Januari hingga Jun," katanya.
Namun Nazri berharap sasaran 28 juta pelancong untuk 2015 akan dicapai pada hujung tahun ini walaupun ketika kelembapan ekonomi dunia dan masalah jerebu di negara ini.
"Kita masih mempunyai 2 bulan sebelum tahun ini berakhir, kita masih boleh cuba mencapai sasaran 28 juta pelancong...tahun lalu jumlah pelancong adalah 27.4 juta orang," katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan