Rabu, 28 Oktober 2015

Jamal Yunos kata orang UMNO perlu buat kenduri kesyukuran kalau Mahathir "berambus" dari UMNO!!

Negara pasti akan menjadi aman dan sejahtera sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari parti Umno. Itu adalah satu perkara yang terbaik daripada ‘membela’ seseorang yang hanya akan merosakkan masa depan parti.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, sebelum ini Mahathir hanya diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan kerana keberadaannya di dalam parti hanya merumitkan lagi keadaan dan menyusahkan parti.

Jika Mahathir mengambil keputusan untuk keluar dariUMNO dan menjadi pengkritik sepenuh masa, maka dengan itu mudahlah kerja parti untuk menyerang dan bertindak untuk menutup mulut longkang bekas perdana menteri terbabit yang kini diibaratkan sebagai musuh parti itu.

“Apabila (dia) Dr Mahathir berada dalam UMNO dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan parti sudah pasti kami teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan balas.

“Tetapi jika dia keluar parti, saya rasa orang-orang UMNO perlu membuat kenduri kesyukuran,” katanya.

Setelah sekian lama parti menderita kerana terpaksa membela orang tua yang pelupa, pastinya jika ada berita penarikan diri oleh Mahathir akan mengembirakan semua orang. Parti wajar sangat buat kenduri kesyukuran haha! Sebagai tanda bersyukur musuh akhirnya mahu jugak untuk berambus dari parti.

Namun begitu, tempoh masa juga diberikan kepada Mahathir untuk tarik diri secara bermaruah. Tetapi jika dia tetap berdegil dan mahu terus menjadi duri dalam daging, parti dengan berat hatinya terpaksa menghalau Mahathir keluar dari parti.

“Kalau tidak bertaubat dan enggan bersama perjuangan kerajaan, saya gesa dia keluar parti dan menyertai parti DAP,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: