Ahad, 4 Oktober 2015

AMANAH kata PAS perlu muhasabah diri

Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan
dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah merupakan sikap terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan
masa yang semakin kritikal, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dilihat merujuk kepada PAS berkata, parti Islam itu sepatutnya menumpukan isu politik negara yang lebih besar
dan bukannya sibuk menunding jari menyalahkan pihak lain menjadi punca perpecahan parti mereka.

"Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali, Amanah hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat
sekarang ini.

"Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti
sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah (PR) , menyaksikan penubuhan
parti serpihan, Amanah.

Pada masa sama Salahuddin berkata, Amanah berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara
ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

"Amanah sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi
aspirasi rakyat ini," katanya. – 4 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: