Beliau berkata, terdapat tanda-tanda ia menjurus ke ara itu akhir-akhir ini dan ia boleh dilihat apabila kerajaan baru-baru membuat kawalan ketat terhadap perbezaan pendapat dan bergantung kepada Melayu, menyebabkan masyarakat bukan Melayu kini meninggalkan mereka.
“Mereka hanya mendapat sokongan orang Melayu, mereka tidak perlukan lagi sokongan bukan Melayu, walaupun undi Melayu berpecah kepada Umno, Pas, Amanah dan PKR.
“Saya meramalkan bahawa mungkin ada keperluan untuk mereka mengambil jalan keluar dengan mengisytiharkan darurat sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum jika kerajaan tidak lagi kuat.
“Ia tidak mustahil bahawa pada kemuncak seperti itu, darurat akan diisytiharkan,” katanya selepas melancarkan buku `Young and Malay’ di Gerakbudaya hari ini.
Katanya, dia percaya ketegangan kaum sebenarnya sengaja `dibakar’ oleh kerajaan.
“Kami sudah mula melihat tindakan tegas secara besar-besaran dilakukan apabila kerajaan menganggap seseorang itu berbahaya.
Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, ahli baru DAP itu juga menegaskan beliau tidak mempertimbangkan untuk bertanding menggunakan tiket DAP kerana dia `terlalu tua’.
“Saya sudah 83, saya sudah terlalu tua.
“Saya cuma mahu tunjukkan kepada semua orang bahawa DAP adalah parti untuk semua kaum, kerana itu saya menyertai parti ini.”
Pak Samad juga menyebut bahawa dengan menunjukkan rasa meninggi diri sebagai Melayu disebabkan perasaan yang tidak selamat.
Beliau berkata, Silat adalah warisan negara tetapi jarang digunakan untuk menentang pihak lain.
“Ia adalah simbolik menunjukkan ketakutan Melayu, yang turut disebut di dalam buku ini dan saya boleh bersetuju dengannya.”
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan