Isnin, 7 September 2015

"saya bukan macai politik" pendedahan panas ..!!

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador malam ini mendedahkan, bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail mengadakan perundingan dengan unit risikan polis itu berhubung pelbagai perkara yang memberi kesan kepada keselamatan negara. 

Sambil mengakui beliau dan Gani ada bertemu di rumahnya 2 hari sebelum pendakwa raya itu dipecat daripada jawatannya, Hamid mempersoalkan adakah itu menjadi sebab kepada pertukaran beliau dari Cawangan Khas ke "tempat simpanan sejuk beku" di sebuah unit keselamatan baru di Jabatan Perdana Menteri. 

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Hamid berkata, soalannya itu ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini memaklumkan beliau mengenai pertukarannya itu. 

Hamid bertanya adakah pertukarannya itu kerana keceluparannya dalam membangkitkan betapa perlahannya proses siasatan terhadap firma pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hamid berkata beliau berasa terhina dengan cara pertukaran itu dibuat.

"Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah seperti najis mughallazah dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM (Polis Diraja Malaysia) itu lagi. 

"Adakah 'pertukaran' ini dibuat kerana saya berada bersama Gani di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat atau adakah semata-mata atas sebab saya
sering mengkritik tentang hala tuju dan tempo lembab proses siasatan ke atas kes 1MDB?" soalnya tanpa menyatakan dengan jelas perkara yang dibincangkan
dengan Gani.

"Sebelum ini Gani sering meminta pandangan cawangan khas dalam banyak isu atau kes tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara,"
katanya. 

Beliau mengakui mengadakan pertemuan selama hampir sejam setengah dengan Gani di rumah bekas peguam negara itu 2 hari sebelum penyingkiran beliau pada
28 Julai lalu.

Gani sebelum ini menganggotai pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan.

Hamid berkata jika pertukarannya adalah satu "hukuman" kerana bertemu dengan Gani, ia sangat "kejam".

Menyalahkan Zahid, yang juga menteri dalam negeri serta penyelia kepada pasukan polis, Hamid bertanya: "Tidakkah beliau sedar saya ini seorang 'career
officer' dalam PDRM dan bukannya macai politik?"

"Saya ingin jawapan dari Zahid sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari PDRM. 

"Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang 'pertukaran' tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," katanya.

Beliau juga mempersoalkan jika keputusan mengenai pertukaran itu dibuat pada mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
yang turut dihadiri Zahid. 

"Ramai yang menuduh saya sebagai 'sore loser' sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang 'normal' di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis
dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi khusus. 

"Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa," katanya.

Beliau berkata, kesnya amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang timbalan perdana menteri.

Hamid berkata, sebagai menteri dalam negeri, Zahid sepatutnya membela beliau.

Katanya, sehingga kini, beliau masih belum ditetapkan tugas yang sebenar walaupun sudah melapor diri pada 1 September lalu.

Beliau dipindahkan keluar dari Cawangan Khas pertengahan Ogos lalu ke bahagian jenayah merentas sempadan yang baru ditubuhkan yang akan melapor terus kepada
perdana menteri. – 6 September, 2015.

* macai tu jangan sebut kuat2 sangat. nanti terasa macai UMNO yang sanggup buat apa saja demi wang. hehehehhehe

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Boleh jadi dulu dia ada mencari maklumat untuk menghukum orang lain secara zalim. Kali ini Tuhan mahu memberi pengajaran dan hukuman di dunia lagi. Tidak perlu marah kepada Zahid tetapi banyakkan bertaubat dan beristighfar.

Tanpa Nama berkata...

antara hikmah qunut nazilah ialah mohon dipecah belahkn sesama jemaah org2 zalim

fikir2kn apa yg berlaku sekarang