Khamis, 17 September 2015

Rais Yatim gesa pemimpin 'baju merah' didakwa .. kah3

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa penganjur dan peserta Himpunan Baju Merah dikenakan tindakan undang-undang kerana menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling.

Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia itu berkata, kejadian kekecohan itu telah tersebar di media sosial dan telah memberi tanggapan buruk terhadap penganjur dan peserta.

Selain itu, katanya, masyarakat juga berpandangan negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dilihat tidak mampu mengawal himpunan itu yang sepatutnya berjalan aman.

Antara syarat kebenaran yang diberikan oleh polis ialah penganjur Himpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu perlu memastikan perhimpunan berjalan aman dan sebarang perlakuan peserta yang menyalahi undang-undang adalah menjadi tanggung jawab penganjur.

Dalam masa sama, Rais berkata, Himpunan Baju Merah tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya telah menjejaskan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai penasihat sosial negara, saya memang bimbang dengan perhimpunan itu yang telah mendatangkan sentimen perkauman.

“Dalam keadaan sekarang ini, ia hanya merumitkan Perdana Menteri dan merumitkan beberapa pemimpin tanah air kita,” katanya selepas merasmikan Majlis Penghargaan Penulisan Bahasa Kebangsaan, di Dewan Bankuet Menara DBP pada Khamis.

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu turut menasihatkan agar himpunan seperti itu tidak diadakan lagi pada masa akan datang.

Katanya, himpunan seperti itu hanya mendatangkan sentimen perkauman yang mengguris perasaan kaum dan bangsa lain dan tidak menguntungkan orang melayu.

“Perhimpunan semalam itu saya fikir cukup lah.

“Tak wajar perhimpunan itu dibuat setiap tahun kerana ia hanya mengguris perasaan bangsa lain.

“Apa untungnya? Tolong beritahu, apa yang positif kita (orang Melayu) dapat?,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Unknown berkata...

Awal2 lagi dah diberitahu lokasi perhimpunan di padang merbok. Yg pg ke area larangan tu kenapa? 800 org pulak tu. polis awal2 patut dah halau group ni ke padang merbok. Ada bersih masuk dataran? Elok juga mereka mkn di ajar

Tanpa Nama berkata...

Melayu tak sedar diri itulah kesudahannya yang menganjur itu adalah seorang yang telah despret dengan kerjaya sendiri jadi terpaksalah jual nama melayu yang melayu pengikut pula bodoh macam lembu nak kena sembeleh eloklah Rais buat teguran tapi sudah terlambat kenapa tidak ditegur sebelum kejadian nampaka sangat teguran Rais anak Yatim ini hanya sekadar melepas batuk ditangga konon hendak memberi nasehat.

nick berkata...

Faedah yang orang melayu dapat dari perhimpunan tu??? Perhimpunan tu bukannya untuk orang melayu. Ianya semata-mata untuk mengipas ponggong Najib supaya terus mabok kuasa dan tak sedar diri dalam mengaut kekayaan negara dan para2 penganjur berharap mereka pun dapat sedikit dari apa yang dikaut oleh Najib. Tu je! Orang melayu cuma dapat malu yang besar akibat kebodohan sekumpulan kecil melayu yang mengaku islam tapi perangai mengalahkan Abu Jahal. Yang paling rugi? Orang2 melayu gelandangan yang diperalatkan dengan upah T-shirt poyo dan nasi bungkus. Habis perhimpunan, para gelandangan yang kebanyakkannya melayu terus merempat dan tidur dikaki lima sedangkan pemimpin2 UMNO terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Hidup melayu? Betul hidup tapi ibarat merempat dan mengemis akibat ditipu pemimpin.

Nick.
Cape Tiger.