Selasa, 8 September 2015

PAS sedang bina semula tembok yang Allahyarham Ust Fadzil berjaya runtuhkan?

Dengan adanya tembok tu ahli PAS cukup kuat, langsung tak goyang masa tu dan ceramah pulak berapi-rapi tapi bila datang pilihanraya banyak calon PAS yang bukan takat kalah tapi hilang wang deposit.

TheRakyatPost melaporkan:

PAS dikatakan sedang melaksanakan Ops Pagar atau Ops Kepung, bagi menghalang ahli-ahli muslimatnya daripada menghadiri majlis anjuran Parti Amanah Negara
(PAN).

Ketua Wanita PAN, Dr Siti Mariah Mahmud mendedahkan, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, jika berbuat demikian, mereka yang memegang jawatan dalam
parti atau berkhidmat dengan kerajaan negeri boleh dipecat.

Beliau percaya PAS berbuat demikian kerana bimbang dengan sambutan ahli parti itu, sejak PAN ditubuhkan pada 31 Ogos lalu.

“Melalui maklumat yang diperolehi, kita dapat tahu sesiapa yang hadir, sekiranya tergolong sebagai memegang jawatan dalam politik atau kerja dengan kerajaan,
boleh dipecat,” katanya pada majlis penerangan kepada golongan wanita setempat, pada petang semalam. -
TheRakyatPost

Era tahun 80an dulu PAS bena tembok tinggi untuk halang ahli PAS keluar tinggalkan PAS sampai tahap ramai ahli PAS yang tak makan sembelihan orang Umno.

Tembok tu bukan saja berjaya halang ahli PAS keluar tapi dalam masa yang sama menjauhkan orang lain dari PAS.

Dengan adanya tembok tu ahli PAS cukup kuat, langsung tak goyang masa tu dan ceramah pulak berapi-rapi tapi bila datang pilihanraya banyak calon PAS yang
bukan takat kalah tapi hilang wang deposit.

Allahyarham Ust Fadzil berusaha sungguh-sungguh untuk runtuhkan tembok tu. Macam-macam usaha dibuat terutama sekali untuk mendekatkan orang cina dengan PAS.

Akhirnya dengan musibah yang menimpa Anwar Ibrahim buka peluang untuk Allahyarkan Ust Fadzil menubuhkan gerak GERAK yang menghimpun parti-parti politik pembangkang dan NGO yang pengerusikan oleh Ust Fadzil Sendiri.

GERAK berjaya merobohkan tembok tu sampai tahap Lim Kit Siang pun boleh hadir berucap di Markaz PAS Taman Melewar yang kehadirannya melempah sampai ke longkang, pertama kali dalam sejarah Markaz Tarbiah gegak gempita dengan tepuk tangan berselang seli dengan takbir dan laungan reformasi.

Adakah sekarang ni PAS macam nak bina balik tembok tu dalam usaha nak halang pemimpin dan ahli PAS berhijrah ke parti Islam yang baru Parti Amanah Negara (Negara)?

Aku nampak memang ada usaha ke arah tu, dan kalau dilihat di media sosial bukan kata sedang dibina tapi tembok tu dah pun tertegak dan semakin tinggi dan kukuh.

Apa pun, insyaallah dengan adanya tembok yang tinggi dan teguh tu PAS takkan mati walau sehebat mana pun bagai melanda...

Hahaha...
http://cenangau.blogspot.com/2015/09/pas-bina-semula-tembok-yang-ust-fadzil-runtuhkan.html?m=1

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tembok telah terbina sejak geng ghb keluar parti. Sibuk mencari salah orang lain sehingga tak nampak salah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha cenangau.mcm bagus jugak idea n penulisan dia tu.nampak tulus gitu sama mcm parti cap cangkul lah jugak nampak kesian saja.tp awal awal nampaknya dah nak cankul pas.mcm mcm idea n hujah diberi supaya pas tak payah joint pr.entah la betul atau salah cuma jika kita dpt satukan idea utk merampas putrajaya rasanya lebih elok.tak tahu la kalau ada org fikir lebih senang dpt putrajaya tampa pas.pas sedang panas dgn dap sepatutnya kita siram air.ini nampak byk yg main campak minyak.jgn sampai putrajaya pun terbakar sekali.rakyat lg yg dpt bahana.berjuang utk rakyat ke ego sendiri tu.apa yg anehnya aku lihat byk yg timbul selepas pas putus dgn dap.tiba tiba pas jd parti ajaran sesat ada tembok dibina semula n mcm mcm lg la.semua itu tentu ada sesuatu utk kita nilaikan