Khamis, 10 September 2015

Muhyiddin dedahkan konspirasi gulingkan Perdana Menteri


Ramai yang menjangkakan Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno akan dipecat hari
ini. Itulah khabar angin yang tersebar dan dimainkan oleh media beberapa hari lalu.

Ini yang dilaporkan oleh The Star :

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal  mengekalkan jawatan mereka dalam Umno, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran
dari Kabinet, dua bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie menyatakan komitmen sepenuhnya kepada
parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi, pada Rabu.    

“Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-duanya juga meluahkan kesetiaan kepada
parti dan akan memastikan ia akan menang pada pilihan raya umum akan datang,'' katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib juga memaklumkan mesyuarat selama empat jam itu turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad, di mana kerajaan melakukan yang terbaik
untuk menyelesaikannya.

“Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima tawaran
yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh menyebutnya, kerana ia masih dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman rasmi,” katanya.

Apa yang tidak dilaporkan oleh The Star adalah Muhyiddin memaklumkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi untuk menjatuhkan
Perdana Menteri Najib Tun Razak namun beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada konspirasi berkenaan.                                    

Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas - terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dan konspirasi ini
melibatkan beberapa agensi atau individu dari beberapa agensi, seperti SPRM, AGC, BNM, PDRM dan lain-lain.

Dalam pada itu, KPN telah mengumumkan bahawa PDRM telah melancarkan siasatan terhadap konspirasi untuk menumbangkan kerajaan. Ia disiasat bukan hanya konspirasi
untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi juga konspirasi untuk menumbangkan seluruh kerajaan.

Apa yang menariknya ialah Muhyiddin mengakui beliau menyedari mengenai konspirasi ini, beliau tidak menjelaskan kenapa beliau berdiam dan tidak membawa
perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri memandangkan nombor dua sepatutnya melindungi nombor satu.

Ia sama seperti pengawal keselamatan di sebuah bank memberitahu polis bahawa dia menyedari mengenai rompakan akan berlaku tetapi tidak terlibat dalam rompakan
itu - dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan rompakan tersebut.

Apakah sebabnya Muhyiddin mengunci mulut? Adakah mereka mengugutnya jika beliau mendedahkan konspirasi itu, maka beliau juga akan digulingkan? Atau adakah
beliau dijanjikan akan mendapat manfaat dengan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya konspirasi itu berjaya.                                      
Bagaimanapun, jika mereka meneruskan rancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap
Najib di Parlimen bulan depan, jawapan kepada persoalan itu akan terjawab. Jika Muhyiddin enggan menyertai undi berkenaan maka beliau semestinya tidak
terlibat, atau menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut. Tetapi jika beliau menyertainya, maka Muhyiddin bersama dengan kumpulan anti-Najib.

The Wall Street Journal telah menerbitkan satu lagi artikel mengenai 1MDB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PAC. Ia menunjukkan bahawa seseorang
dalam PAC menjual maklumat kepada Wall Street Journal untuk jumlah yang banyak.

Sudah tentu suspek utama adalah Tony Pua, dari DAP. Tidak syak lagi ia masih hanya syak wasangka dan polis memanggilnya untuk merakamkan keterangan. Tetapi
di Malaysia, anda dianggap bersalah kecuali anda dapat membuktikan anda tidak bersalah. Malah Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada standard pengadilan
di Malaysia.

Maka sehingga atau kecuali Tony Pua boleh membuktikan bukan beliau yang menjual maklumat sulit PAC kepada Wall Street Journal maka kita boleh menganggap
beliau sebagai bangsat yang menggunakan kedudukan dalam PAC untuk membuat wang. Inilah bagaimana sistem keadilan di Malaysia berfungsi walaupun bagi Perdana
Menteri. - Raja Petra Kamarudin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Undi tidak percaya adalah constitutional. Jangan salah guna perkataan konpirasi. Itu mingikut perlembagaan. Kalau mereka bincangkan hal itu pun berpelembagsan.