Rabu, 16 September 2015

Mahu "hijau" muka pemimpin Kelantan dengan penyertaan dalam AMANAH

Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan "luar dugaan" rakyat terhadap parti itu menunjukkan
tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.

Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah
diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.

Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan
Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang
bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

"Saya rasa, (penyertaan) di luar dugaan, rasa macam floodgate. Saya rasa bukan kerana kehebatan (pemimpin) parti AMANAH, tetapi oleh kerana suasana yang
membantu seperti kes 1MDB, nilai duit (yang jatuh), (kenaikan) harga barang.

"Rakyat macam tunggu satu perubahan yang diharapkan. Kalau parti AMANAH tidak membuat sesuatu perubahan kepada rakyat, saya rakyat kekecawaan, akan berlaku.

"Saya nampak rating itu, sebagai parti baru yang ditubuhkan, selalunya sambutannya tidak sebegini," katanya menjawab soalan berhubung sambutan kepada AMANAH
setakat ini.

Sehubungan itu, Mohamad berkata berdasarkan situasi dan sambutan yang diberikan itu, Mohamad optimis keahlian AMANAH boleh mencecah lebih 100,000 orang
menjelang Disember depan.

Bagaimanapun, Mohamad berkata maklumat lanjut mengenainya juga akan diumumkan oleh Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir.

Ditanya mengapa ahli daripada Kelantan penyertaan tertinggi setakat ini, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata:

"(Ini) kerana (rasa) tidak puas hati oleh rakyat Kelantan kepada pemerintahan sedia ada, begitu tinggi."

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini AMANAH bercadang untuk mengadakan majlis makan malam sebagai usaha memungut kutipan derma bagi menjana dan
menggerak parti.

Ia dirancang bermula Oktober ini, kata Mohamad lagi,

Selain itu, beliau berkata yuran keahlian dan derma ahli dan anggota keluarga juga bagi membantu menggerakkan parti, sementara AMANAH juga mempunyai bangunan
sendiri setinggi tiga tingkat Kedah yang disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan.

Mohamad juga berkata keanggotaan AMANAH juga terbuka kepada bukan Islam. Ia turut disertai bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chow dan
bekas setiausaha Agung Parti Pekerja Gopalan K Papachan.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata Hu dan Gopalan menganggotai jawatankuasa penaja bagi membuktikan ketebukaan AMANAH kepada semua kaum.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: