Isnin, 7 September 2015

Kepala dia masuk air - Zahid Hamidi

Dr Zahid dituntut penjelasan oleh Abdul Hamid mengenai pertukaran serta-mertanya yang menyaksikan beliau dikeluarkan daripada PDRM. Foto fail TRP/ Azrol
Ali

“Kepala dia dah masuk air.”

Itu jawapan ringkas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador yang mempersoalkan alasan dia dipindahkan secara serta-merta.

Jawapan itu dihantar Dr Ahmad Zahid kepada The Rakyat Post menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, Abdul Hamid dalam kenyataannya menuntut jawapan daripada Dr Ahmad Zahid sendiri mengenai alasan beliau dikeluarkan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang “pertukaran” tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya.

“Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah seperti najis `mughallazah’ dan tak layak utk memakai lencana keramat PDRM itu lagi,” katanya.

Abdul Hamid dalam membayangkan rasa tidak puas hatinya, berkata banyak pihak menuduhnya menyalahkan pihak lain sambil sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang `normal’ di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus.

“Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Seperkara lagi yg luar biasa tentang pertukaran saya ini ialah tiadanya jawatan yang menunggu sewaktu saya melapor diri untuk mula bertugas,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

jawapan dari sorang TPM yg bongok dan bodoh...mcm ni ke blh jadi TPM?????? dlm longkang belambak lagi blh jadi TPM kalo bodoh mcm nie...