Rabu, 9 September 2015

Kah kah kah ... PAS tidak tolak kemungkinan sertai himpunan ‘baju merah’ kata Haji Hadi

PAS tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan "baju merah" selepas menilai matlamat dan tujuan penganjuran perhimpunan tersebut untuk menyatukan Melayu, kata  Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut portal Astro Awani, presiden PAS itu menegaskan parti Islam itu akan kekal dengan prinsip memperjuangkan Islam.

"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan. Yang kedua, orang Melayu perlu mengambil kira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.

"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya... kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Beliau pada masa yang sama, mengkritik perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini dengan mengatakan PAS tidak menyertainya kerana berpendapat ianya tidak wajar diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Hadi turut menyifatkan insiden peserta yang memijak gambarnya semasa perhimpunan itu sebagai satu tindakan kebudak-budakan sambil menyarankan supaya kerajaan tidak terjebak sama dengan tindakan tidak matang sedemikian.

"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan. Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua. Orang tua budak-budak tu. Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak.

“Himpunan Rakyat Bersatu” yang dianjurkan kumpulan "baju merah" dijadualkan berlangsung pada 16 September di Plaza Low Yat dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. – 8 September, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...

Presideng Hadi dah mabuk toddy.cCakap berputar2.Harap ahli 2 PAS bolih hantar dia ke mental hospital dan cek otaknya sebelum lebih parah

Tanpa Nama berkata...

presideng HADI dah mabuk toddy.cakapannya dah berputar2.Ahli2 lebai PAS patut segera hantar ke mental hospital untuk rawatan segera.

Tanpa Nama berkata...

Jika tak mau BERSIH.... maknanya PENGOTOR.... PAS PENGOTOR?.... SANGAT KOTOR.... KOTOR AKHLAK KOTOR PEMIKIRAN.

Tanpa Nama berkata...

sokong Hj hadi menyertaai himpiunan baju merah .kalau bolih arahkan semua ulamak pas pakai jubah merah .biar nampak garang.dan adakan solat zohor di jaln tersebut dfengan Hj hadi jadi iamanya.woi .....sudah tentu dunia akan memandang kepada Malaysia.teruskan niat kau tu Hadi,

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan Hadi makin terserlah sejak 2 menjak ini. Lawatan atsu ziarah Najib semasa Hadi di hospital dulu telah mengubah sikap Hadi 360 darjah. Hadi tiba2 jadi makin lunak dgn Najib dan UMNO. Rasanya dah tak lama la tuu agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Kesian..dah sampai ke penghujung umur..iman semakin jauh tersasar

nick berkata...

Bersih taknak datang tapi himpunan merah teruja nak "join" sebab matlamat nak menyatukan melayu? PAS ni parti kebangsaan ke parti islam? Melayu ni sama dengan islam ke? Habis, bangsa lain tak islam kalau bukan lahir melayu?

Itukah yang cuba disampaikan oleh ulamak PAS ni? Utamakan melayu kemudian baru berlakon sebagai pejuang Hudud? Teringat kisah Hassan Ali mengutuk Almarhum Tok Guru Nik Aziz hanya kerana Almarhum menganggap dirinya dilahirkan sebagai orang islam dan melayunya itu hanyalah sampingan. Tapi bagi Hj Hadi, kesatuan melayu tu duduk teatas dalam list dia sebagai manusia walaupun jika duduk bersatu dengan lanun, perompak, pemfitnah, penyeleweng dan pengkhianat.

Way to go Tuang Presideng! Apa lagi, ubah lah nama PAS kepada PMS ..Parti Melayu Semenanjung... kat lambang tu warna hijau tukar dgn kaler merah pastu tengah2 bulan tu letakkan simbol RM -rompak melayu atau ringgit malaysia atau Rosmah mansor..semua boleh, ikut niat.

Nick
Cape Tiger.

Anti Fitnah berkata...

Apakah ini datang dari mulut seorang ulama yang dikenali, "Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan." Melayu tu mesti Islamkah? Kalau Melayu tu Islam, kenapakah Hadi tak mendiri TANAH PERKUBURAN MELAYU?

Tanpa Nama berkata...

Propaganda...
Usaha pihak Umno untuk melaga lagakan rakyat, Najib dalam keadaan telur di hujung tanduk..memainkan sentimen perkauman adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan kuasa dunia najib dan rosmah.

Sumber berita tidak boleh di pakai, ianya hanya khabar angin..tiada menyuarat ahli majlis tertinggi di buat untuk menyertai perhimpunan "merah" .

Tanpa Nama berkata...

Dosa fitnah lebih besar dan akan dipertanggung jwb diakhirat kelak..tak takut ka dgn apa yg Allah dah bgtau dl alquran?