Sabtu, 12 September 2015

Ibu pejabat UMNO arah ahli sertai perhimpunan baju merah

Ibu pejabat Umno mengeluarkan notis menggesa bahagian di seluruh negara mengumpulkan ahli-ahlinya untuk turun ke "himpunan
baju merah".

Langkah ini berbeza dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lalu menafikan parti itu menaja himpunan kontroversi tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh, mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri
satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Rakyat Bersatu, atau dikenali "himpunan baju merah" pada 4 September lalu.

Dalam surat yang dilihat The Malaysian Insider, didapati mesyuarat khas itu diadakan di Menara Dato Onn, Jam 9 pagi.

Sumber dalaman Umno memberitahu The Malaysian Insider beberapa bahagian sudah menghantar senarai jumlah ahli yang akan dihantar untuk menghadiri perhimpunan
tersebut.

"Banyak bahagian yang sudah mengesahkan akan menghantar ahli mereka ke himpunan tersebut.

"Kenyataan yang dibuat presiden mengelirukan ahli, mengapa beliau tiba-tiba mengatakan Umno tidak menaja himpunan tersebut walhal satu mesyuarat khas sudah
dipanggil untuk membincangkan mengenai himpunan tersebut," kata sumber itu.

Himpunan itu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Himpunan itu menarik perhatian ramai apabila posternya menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasinya
iaitu di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Dua kawasan itu merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga kaum Cina.

Najib sebelum ini berkata Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertai himpunan tersebut. – 12 September, 2015.


* presiden kata perhimpunan tu democrazy.... kasihan ahli UMNO.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Bekas ahli berkata...

Bagus juga kerana kita akan dapat melihat hasil dari arahana tertingginya itu. Kalau yang hadir nanti mengikut jumlah keahlian umno yang dikatakan lebih tiga juta itu boleh dijadikan indeks bahawa ahli umno masih kekal. Jika tidak itulah dia jumlah keahlian mereka yang masih setia.

Tanpa Nama berkata...

Klu apa2 berlaku, umno mesti bertanggungjawab.

Anoynimous berkata...

Kata nak maju kata jangan racis kata nak aman kata sayangi negara tapi dalam masa yg sama porak perandakan rakyat sendiri
telunjuk lurus kelingking berkait
baling batu sembunyi tangan
ni semua kerja UMNO

Abdul Said berkata...

Dah sesak sangatlah tu. Ingatkan parti ni kuat sangat. Perlu berarak beramai-ramai untuk menghalalkan rasuah dan pengkhianatan terhadap negara!! Sesuai sangat untuk yang tidak boleh berfikir atau tak tau berfikir!!!