Jumaat, 21 Ogos 2015

Wahai PAS .. apa susah .. siku dan lutut kan ada ... hahahahaha

Lebih ramai ADUN, MP dijangka tinggalkan Pas – Mustafa Ali

Pas tidak akan menghalang mana-mana ahlinya meninggalkan parti kerana menghormati hak demokrasi.

PETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.

“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu “Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar.

“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya blogger..

Tanpa Nama berkata...

Orang nak keluar dari jemaah, katanya matang, atau kerana terlalu pentingkan kemenangan daripada hakikat hukum yang wajib didahului. Memperjuangkan islam hendaklah didahului mengikut hukumnya bukan nafsu didahulukan

IrWrWs berkata...

Cantekkkk.. tak de gelabah malah cukup tenang dalam menghadapi situasi penyaringan ini. Alhamdulillah parti akan bertambah meriah dgn ahli2 yg kini mendapat semangat baru apabila tidak lagi meyimpan rasa melihat ahli2 PAS yg tidak menghormati pemimpin terus berkeliaran dalam parti. Inilah yg diharap2kan mereka selama ini. Tiada lagi kepelikan di kalangan mereka terhadap mereka2 yg keluar parti ini yg lebih hormat pd pemimpin parti lain dari pemimpin sendiri di mana mereka tidak pernah diajarpun sedemikian rupa..

Sham TM berkata...

Apa yang dihormat kan PAS dan pemimpin PAS ni.

Ada pemimpin PAS yang suka memfitnah dan mengaibkan sebahagian ahli.

Pemimpin rakan komponen pon diaibkan juga dan difitnah jual pil kuda.

Tikam belakang kawan letak calon sendiri masa PRU/PRK yang menyebabkan BN menang semua.

PAS yang sekarang tidak sesuai untuk dibuat kawan.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

keluar2..keluar cepat sikit ikut rombongan dikalangan org2 yg kalah,org2 yg tak boleh terima kekalahan..org2 yg pentingkan kedudukan..ni baru npk ketidak iklasan dlm perjuangan..nak kedudukan tubuh parti baru..baguih2..belah2 cepat sikit..igt perancangan Allah lg besar..kemenangan bkn di PUTRAJAYA..tp di AKHIRAT.

Unknown berkata...

Sham tm oii,hang sorang tak mau kawan tak pa ramai lagi yg mau kawan.hang pi la kawan dgn cina dap dua beranak tu.he,he,he.

IrWrWs berkata...

Kuasa veto TGHA amat jarang sekali digunakan dlm membuat keputusan2 penting parti.. dalam kes membatalkan keputusan mesyuarat PR utk melantik satu calon shj iaitu DSWA utk jawatn MB Selangor, adalah kerana TGHA lebih menghormati permintaan Sultan Selangor sendiri yg meminta agar ada calon lain selain DSWA.. pertembungan antara ketua agama islam negeri dan PR Sgor yg ada DAP pastilah didahulukan Sultan Selangor sbg ketua agama islam negeri !!
Itu bukan mungkir janji kerana tidak ada apa2 hitam putih.. . Yg ada hanya persefahaman longgar.. Ambil contoh.. sekiranya PKR mengambil sekali lagi calon2 yg pernah melompat pd pru 12 dulu utk jd calon pru13.. takkan kita nak diam seribu bahasa kan?.. as simple as that..
Setelah terbukti berlakunya adegan lompat melompat selepas PRU12 di kalangan PKR, DAP serta UMNO (wpun hanya sementara) di Perak pastinya TGHH lebih berhati2 memastikan calon2 pembangkang terutama PKR adalah terdiri dari yg berkredibiliti (terutamanya yg tidak terlibat pil kuda). 6 kawasan itu adalah kawasan kuat PAS yg diserahkan pada PKR utk ditandingi..

Jadi sewajarnyalah PAS bertindak demi mengelak penyokong2 PAS berpaling tadah.. tindakan2 kontroversi PAS selama ini pastinya mempunyai sebab yg kukuh termasuk menyingkirkan calon2 profesional yg tewas yg telah terbukti pro DAP yg secara jelas menentang hudud.

IrWrWs berkata...

Betul .. keluar PAS bukan bermakna keluar islam. Keluar PAS utk bersama parti baru yg redho kpd DAP je pun.. yg bezanya PAS kata judi itu haram dan DAP kata judi itu halal.. terpylanglah kalau parti baru dia lebih redho kpd DAP daripada PAS!!