Selasa, 18 Ogos 2015

PAS gagal sebagai parti politik yang berjaya

Oleh Hasbie Muda


1. Ramai adik mahasiswa dan rakan FB yang bertanyakan saya sama ada mereka perlu join GHB atau kekal dengan PAS. Kebanyakan mereka faham dengan apa yang
melanda PAS mutakhir ini.

2. Saya tidak suka mendoktrin atau memaksakan pilihan tertentu kepada mereka. Buatlah pilihan ikut pertimbangan yang rasional. Mungkin ini nasihat untuk
yang lain juga.

3. Saya katakan bahawa PAS tidak gagal sebagai sebuah gerakan Islam (Harakah Islamiah). Urusan tarbiyah, dakwah, kebajikan, pendidikan awal Islam dan pelbagai
aspek ternyata PAS di depan berbanding gerakan Islam yang lain. Soal keahlian juga memperlihatkan PAS jauh meninggalkan rakan-rakannya yang lain.

4. PAS hanya kurang berjaya sebagai sebuah parti politik. Ukuran parti politik tidak dapat tidak adalah prestasi dalam pilihan raya serta keberkesanan
berkhidmat apabila menjadi kerajaan. Selepas gagal dalam 13 pilihan raya sebelumnya, tidak ada tanda bahawa pilihan raya akan datang akan menjanjikan keputusan
yang lebih baik selagi mana PAS kekal dengan pendekatan dan cara fikir yang lama. (Bahagian ini akan saya kupas panjang dalam penulisan akan datang).

5. Jika anda lebih cekap dan berkesan dalam meyumbang kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam, saya nasihatkan kekallah dengan PAS. Tetapi jika anda mahukan
parti yang serius dan fokus untuk merampas teraju Putrajaya daripada UMNO dan Barisan Nasional, pilihan lain wajar dipertimbangkan secara serius.

6. Buatlah pilihan berdasarkan manfaat hasil kecekapan yang terbaik. Jika anda join GHB, PKR ataupun DAP tetapi tak ada apa-apa kemahiran yang boleh disumbangkan
sebagaimana anda berada dalam PAS, maka bagi saya ia sia-sia. Begitu juga jika anda kekal dalam PAS tetapi potensi dan bakat hanya terbiar dalam peti ais,
ia juga sia-sia.

7. Buatlah pilihan yang terbaik.

8. Semoga Allah menunjukkan jalan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bolehjadi tak apa apapun spt kata anak nik aziz yg satu lg.cuma buat lah berbincang sesama kita semoga yg keruh dpt djernihkan n kerjasama dpt berjalan semula.semoga kelak ia tak merugikan kpd agama n negara.pray for msia

Tanpa Nama berkata...

Parti Pas tidak pernah menyumbang apa2 kepada manusia sejagat.Kalau saudara2 nak gagal dalam hidup sertai Parti Pas.Ada pemimpin yg pandai geng MURSIDUL GENERAL CHIEF JINNAKOLOGIST selalu bermimpi Nabi Muhamad konon cantaskan mereka.tengok apa yg terjadi kpd KELANTAN masih terlalu mundur.Tuang Presideng putar alam.