Khamis, 20 Ogos 2015

Najib gembira kelahiran anak Panda di Zoo Negara .. anak rakyat Malaysia yang lahir dalam kesusahan macam mana ..?

Najib gembira kelahiran anak panda di Zoo Negara

Panda betina Liang Liang menikmati buluh betung di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara. Gambar dirakam 11 Julai lalu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Ogos:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan rasa gembira dengan berita mengenai kelahiran seekor anak panda milik pasangan panda gergasi
dari Chengdu, China yang ditempatkan di Zoo Negara dekat sini.

“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi,” katanya menerusi status
terkini di laman sosial Facebook dan Twitter.

Pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada 21 Mei tahun lepas dan akan berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan
diplomatik antara Malaysia dan China selama 40 tahun yang disambut pada 31 Mei lepas.

Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan
melatih pakar dalam bidang itu.

Pada 11 Julai lepas, Xing Xing dan Liang Liang gagal dalam proses mengawan untuk kali kedua selepas setahun ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi
(GPCC).

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Gembira menerima anak Panda baru...tapi tak lah segembira mendapa "DERMA" sebanyak 2.6 billion ringgit...bukan begitu..!!