Jumaat, 21 Ogos 2015

Najib belum jelaskan RM42 juta duit anak Syarikat 1MDB masuk akaun peribadi, kata ahli MT Umno

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Datuk Seri Najib Razak masih belum menjelaskan status RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, menjadi hak perdana menteri sama ada untuk menjelaskan status wang yang diterima daripada bekas anak syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau sebaliknya.

"Tak. Beliau tidak (memaklumkan)," katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya sama ada RM42 juta adalah juga merupakan derma, Rahman berkata: "Saya tak tahu. Terpulang kepadanya." Bagaimanapun, Rahman mengingatkan siasatan mengenai 1MDB sedang berjalan dan Najib memberi jaminan agar ia terus dilaksanakan.

"Pada masa ini siasatan masih dibuat kerana terdapat kebimbangan segelintir pihak. Perdana Menteri kata biar penyiasat menyiasat. Apa yang penting harus diingat perdana menteri mahu transaksi itu disiasat," katanya.

Portal The Wall Street Journal (WSJ) pada bulan lalu mendedahkan RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari yang kemudian ke syarikat lain iaitu Ihsan Perdana.

Ihsan Perdana kemudiannya memindahkan RM42 juta ke dalam akaun Najib menerusi transaksi di antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.

Akhbar hari ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengetahui penubuhan satu pasukan petugas khas kedua bagi menyiasat operasi syarikat 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa tentang khabar angin penubuhan pasukan dikenali sebagai National Revenue Recovery Team (NRRT), lapor Sinar Harian hari ini.

Akhbar itu bagaimanapun tidak menyatakan sumber kukuh mengenai penubuhan pasukan itu dalam laporan mereka.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: