Sabtu, 15 Ogos 2015

Minuman Upin & Ipin ada dadah ketamin?? Biar betul nih!

Serius ke dalam produk minuman Upin & Ipin yang dijual di pasaran tue terkandung dadah jenis ketamin?? Fuhhhh lepas tu kalau budak-budak terminum macam
mana tu?? Tak pasal-pasal berkhayal pulak nanti.

Rilek dulu…sebenarnya bukan produk minuman Upin & Ipin yang diperbuat dari bahan-bahan tu tapi pihak yang tak bertanggungjawab sebenarnya ambil kesempatan
dengan menggunakan botol Upin & Ipin untuk isi dadah.


Pihak Les Copaque,  Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi telah tampil memberi penjelasan pasal khabar angin palsu tersebut.

"Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi
banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman."

"Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman
kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum."

"Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana
pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong
usaha kami.", katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: