Khamis, 6 Ogos 2015

Menantu gila seks

Bachok: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun trauma dan ketakutan selepas cuba dicabul seorang ahli keluarga angkat yang turut mengacukan pisau ke
lehernya dalam kejadian, minggu lalu.

Kejadian berlaku di sebuah kampung di daerah ini jam 12 tengah malam, pada 29 Julai, ketika dia bersama ibu angkat dikenali Faridah, 50-an serta ahli keluarganya
sedang tidur.

Mangsa dikenali sebagai Yana yang tidak lagi bersekolah, tidur di dalam bilik seorang diri manakala Faridah dan anak perempuannya berusia 19 tahun serta
cucu lelaki berumur sembilan bulan tidur di ruang tamu.

Faridah berkata, dia tidak menyedari anak angkatnya itu dalam bahaya sehingga terjaga apabila mendengar bunyi bising dari dalam bilik.

“Sebaik terjaga, saya segera bangun dan ke bilik menjenguk Yana, namun terkejut apabila dia memaklumkan menantu saya berusia 26 tahun menceroboh masuk bilik dan cuba meraba badan serta menindihnya ketika tidur.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: