Sabtu, 29 Ogos 2015

Kemaskini terkini perhimpunan BERSIH 4 : Anggaran 200 ribu peserta

tan 1984.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan kenyataan pihak polis.

9pm: Tian Chua memberitahu Malaysiakini, kedatangan Mahathir menunjukkan bekas PM itu sendiri memberi sokongan kepada BERSIH.

Ia juga menunjukkan Mahathir akur bahawa saluran paling berkesan untuk membetulkan keadaan dan buat perubahan ialah melalui kuasa rakyat, katanya.

"Ini bagi saya satu kemenangan rakyat Malaysia dalam menarik sokongan dari semua pihak.

"Mahathir terpaksa juga akur kuasa rakyat itu ialah saluran paling berkesan."

8.50pm Simpang Jalan Raja-Jalan Parliament – Kumpulan siswa yang berhasrat untuk melakukan duduk bantah di parlimen meneruskan aksi mereka, kira-kira 1km
dari parlimen.

Jurucakapnya, Khairol Najib Hashim berkata mereka akan meneruskan protes tersebut demi kebebasan siswa dan menyatakan sokongan pada BERSIH.

8.35pm: Jalan Raja – Mandeep Singh, aktivis BERSIH beri jaminan kepada polis bahawa para peserta tidak akan melepasi sekatan di Dataran Merdeka.

"Kami akan bekerjasama dengan polis untuk mengekalkan keamanan dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh 28 jam."

Terdahulu, Mandeep menemui ketua polis daerah Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh.

Anggaran peserta: 20,000 berhampiran Dataran

8.30pm: Dataran Merdeka - Pemerhatian di bawah dan dari udara menunjukkan terdapat kira-kira 20,000 peserta BERSIH 4 berhampiran atau di sekitar Dataran
Merdeka.

8.00pm Dataran Merdeka: beribu-ribu peserta masih berada di Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak. Suasana masih hangat dan peserta BERSIH melaungkan "Bersih
" dengan kuat dan bunyi vuvuzela masih kuat didengar. 

Peserta masih kuat bersorak tetapi ada jug ayang duduk berehat di lantai dan melentang atau tidur di tepi jalan. 

7.48pm Dataran Merdeka - Siti Hasmah Alli ketika diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka berkata: "Ini kuasa rakyat." 
[Baca lanjut]

7.30pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengejutkan banyak pihak dengan hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hari ini. Baca lanjut di
pautan ini.
 
6.40pm Dataran Merdeka – Enam trak FRU dan meriam air dilihat ditempatkan di sebelah selatan Dataran Merdeka. Kebanyakan peserta BERSIH berada di sebelah
utara tapak bersejarah itu.  

6.43pm Persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Raja -  Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberi peringatan supaya orang ramai tidak merempuh halangan yang
dibuat oleh pihak berkuasa. 

"Kita tak akan sokong sesiapa yang rempuh barricade. Kalau nampak orang nak rempuh, halang dia. Kita tak akan masuk dalam Dataran," katanya. 

Beliau meminta orang ramai supaya bermalam di persimpangan jalan dan tidak masuk ke kawasan Dataran.

6.20pm Jalan Tun Perak -Pasukan berbasikal BERSIH menjadikan sebuah tempat di Jalan Tun Perak untuk mengumpulkan sampah-sampah.

Kelihatan puluhan bungkusan sampah dilonggokkan setempat di tepi jalan.

Salah seorang anggota pasukan itu Shuk Yi berkata mereka menyediakan seratus ribu beg sampah dan kini telah mengumpul lebih kurang 8,000 unit. 

Terdapat 25 orang sukarelawan berbasikal BERSIH.

6.15pm Global BERSIH muat naik gambar penyelam dari Bali yang pamer sokongan dari dalam laut, di Facebook.

6pm: Dataran Merdeka – Terdapat juga aktivis lesbian, gay, dwiseksual dan transgender (LGBT) hadir dalam perhimpunan sambil mengibarkan bendera pelangi
– yang menjadi identiti golongan itu.

Mereka berkata kumpulan minoriti selalu terabai.

“Ini untuk beritahu bahawa kumpulan LGBT selalu berada di samping kamu,” kata  Chong Yee Shan kepada Malaysiakini.

5.50pm: Dataran Merdeka - Pemimpin Jingga 13, Fariz Musa mengumumkan perhimpunan berehat seketika sebelum bersambung pada jam 9 malam ini

Peserta kelihatan mula bersurai ke pelbagai arah meninggalkan Dataran Merdeka.

931/f93832c7902bbe51b62dc57681204c25
5.45pm: Dataran Merdeka - Penganjur BERSIH 4 berkata jumlah kehadiran setakat ini ialah 200,000 orang.

"Ada 200,000 orang berkumpul secara aman di Kuala Lumpur untuk BERSIH 4. Tahniah kepada semua," kata kenyataan yang dibuat melalui
platform Prime
itu.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menganggarkan kehadiran - pada jam 3 petang tadi - adalah seramai 25,000 orang.

Anggaran Malaysiakini melalui wartawannya pula adalah 100,000 orang ketika kemuncaknya pada jam 4 petang.

5.40pm Jalan Raja -  Seorang lelaki dari Pekan Pahang memberitahu, beliau hadir ke perhimpunan BERSIH 4 sebagai kesinambungan perhimpunan yang pernah dihadirinya. 

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Alimin berkata isu diketengah dalam BERSIH 4 lebih menarik berbanding dengan perhimpunan sebelum ini. 

Alimi, 65, berkata yang akan bermalam di Dataran Merdeka hari ini.

"Dulu mengenai pilihan raya, sekarang ini mengenai pertukaran perdana menteri. Itu yang saya datang," katanya kepada Malaysiakini. 

Harapan remaja 18 tahun

Bagi remaja Aisyah Borhan, 18, pula berkata, beliau datang bersama sepupunya ke BERSIH 4 kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Najib. 

Sehubungan itu, beliau berharap supaya selepas perhimpunan ini diadakan, rakyat akan lebih sedar tentang kepimpinan yang ada kini. 

"Harapan saya supaya rakyat lebih sedar dan pemimpin bertukar," katanya.

5.40pm: Pasar Seni - Sabiha Shamsul Barin adalah peserta BERSIH 4 yang datang dari Mantin, Negeri Sembilan.

Katanya, dia menyertai perarakan hari ini untuk menunjukkan golongan muda Melayu juga tidak berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Kerajaan Najib banyak kepincangan. Kami anak muda mahu dia letak jawatan," kata bekas siswi Universiti Malaya itu kepada Malaysiakini.

Daniel Jufry dari Kajang berkata dia dan tiga rakannya tiba di Kuala Lumpur untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.

Bernaju hitam, Daniel bagaimanapun kecewa kerana gagal mendapatkat kemeja T BERSIH.

"BERSIH 4 ini sangat bagus. Ramai yang mahu jatuhkan kerajaan (yang) mengamalkan rasuah," katanya.

Dia juga berjanji untuk datang sekali lagi pagi esok.

5.35pm: Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta Melayu menafikan protes hari ini didominiasi orang Cina.

Seorang daripada mereka - mahu dikenali sebagai Idris - memberitahu Malaysiakini protes hari ini tidak wajar dilihat daripada pespektif bangsa.

"Ini adalah perhimpunan rakyat Malaysia. 

"Kepada orang Melayu, jangan takut. Kita mesti menjatuhkan kerajaan BN yang korup," katanya.

Idris, 40-an, juga berkata dia akan bermalam di Dataran Merdeka bersama rakan-rakannya.

KuBdTUw8-tGfNG-BMCSg_1XheGs/Apx1uILpXJzQL5MENXUBYx-MxY4QspPa7zuSKZDWmjnK
5.20pm: Dataran Merdeka - Dua kenderaa FRU diletakkan dalam kawasan Dataran Merdeka berhampiran Muzium Tekstil Negara. Turut kelihatan, dua kenderaan polis  di
sebelahnya.

Tidak dapat dipastikan sama kenderaan itu digunakan sebagai persediaan BERSIH 4 atau sebahagian daripada kegunaan raptai Hari Kebangsaan.


5.21pm: Dataran Merdeka - Seorang petugas perubatan yang enggan dikenali berkata, seorang peserta BERSIH 4 pengsan, mungkin disebabkan kadar gula dalam darahnya terlalu rendah atau terlalu tinggi.

"Mungkin dia tak tahu menghidap diabetes dan pengsan," katanya.

Petugas itu berkata, peserta terbabit dijangka pulih tidak lama lagi.


5.15pm: Dataran Merdeka - Polis Kuala Lumpur berkata mereka berpuas hati dengan cara perhimpunan hari ini dijalankan.

Ketuanya, Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis berharap perhimpunan itu akan berlangsung aman hingga akhir.

Star Online melaporkan, polis menganggarkan jumlah kehadiran hari ini adalah 25,000 sehingga jam 3 petang tadi.


5pm: Dataran Merdeka - Raj, dari Subang, hari ini adala jperhimpunan keempat BERSIH disertainya.

"Najib (PM) kena turun, Kita mahu seluruh kabinet berubah. Buat sesuatu," katanya.


4.55pm: Pasir Gudang - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih "memikirkan" sama ada akan turun menyertai perhimpunan BERSIH 4 atau tidak esok.

"Saya masih berfikir," katanya ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan menyertai himpunan aman itu Ahad ini atau sebaliknya.

Terdahulu Mahathir menghadiri program Bicara Negarawan bertajuk "Malaysia hari ini: Ke mana kita” di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor

Lebih 3,000 orang hadir.


4.30 pm: Dataran Merdeka - Aktivis masyarakat dan bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata himpunan hari ini menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa suara rakyat tidak boleh diabaikan.

Beliau juga mendakwa perhimpunan hari ini adalah BERSIH terbesar pernah diadakan setakat ini.

Selepas ucapan itu, ketua Jingga 13, Fariz Musa meminta poeserta duduk dan memberi laluan kepada petugas perubatan kerana ada seseorang diserang sakit janting.

Tidak dapat dipastikan di mana mangsa berada.


4.18pm: Dataran Merdeka - Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam ucapannya berkata, semua peserta perhimpunan hari ini datang kerana mereka adalah "rakyat Malaysia" untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.

Kata Maria, perdana menteri tidak bertanggungjawab kerana amalan rasuah berlaku dalam negara ini.

Beliau juga meminta ahli parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya apabila sidang bersambung Oktober ini.


4.15pm: Dataran Merdeka - Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yakin peserta BERSIH 4 akan dapat memenuhi pusat bandar raya malam ini.

"Saya tidak jangkakan polis akan bertindak menyuraikan peserta kerana ia terlalu berisiko dan boleh menyebabkan suasana panik," katanya kepada Malaysiakini.


4.10pm: Anggaran semasa jumlah peserta BERSIH 4 - 100,000 orang


4pm: Dataran Merdeka - Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4.


3.48 Jalan Raja Laut -- Ribuan peserta demonstrasi duduk di atas jalan raya sambil menonton persembahan kumpulan pemuzik protes BangsArt. Vokalisnya Amir Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram.


'Awesome', kata lelaki Norway

3.3pm Jalan Raja Laut - kumpulan dari Sogo telah tiba di Dataran Merdeka. mereka semua membunyikan vuvuzela dan bersorak.

Seorang warganegara Norway yang telah menetap di negara ini selama setahun berkata, perhimpunan BERSIH bagus bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih demokrasi.

"Saya rasa ia awesome dan penting kerana Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang antirasuah dan sebuah negara yang berdemokrasi," katanya yang mahu dikenali sebagai Cessile.

3.30pm Anggaran peserta: 80,000 orang dan makin bertambah.


3.20pm Taipei – Kira-kira 700 orang berkumpul di Dataran Kemerdekaan Taipei untuk menyatakan setiakawan mereka dengan penganjuran acara sama di Malaysia. Ia sebahagian program Global BERSIH di pelbagai negara.


Anggaran peserta: 60,000 orang

3.23pm: Dataran Merdeka – Dianggarkan 60,000 berkumpul sekitar Dataran Merdeka.

3:10pm Sogo - Peserta di Sogo kini berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan reformasi.


3.05pm Sogo - Menteri Besar Selangor Azmin Ali kini berucap.

Beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

"Dengan kehadiran begini, saya yakin kita mampu singkirkan Najib dari Putrajaya," katanya.


3.06pm Dataran Merdeka - Seramai 20,000 berada dekat Dataran Merdeka. Seorang ulama PAS yang kini bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) memberikan ucapan.


3pm Masjid Negara – Peserta bergerak dari Masjid Megara menuju ke arah Dataran Merdeka.


2.40pm: Dataran Merdeka – Dipimpin seorang wanita daripada Batu Pahat, Jacqualine Neo, lebih 10,000 orang menyanyikan lagi Negaraku di Dataran Merdeka.

Keadaan sebelum itu hingar bingar dengan tiupan vuvuzela.

Kawasan padat. Beberapa orang peserta mengadu talian telefon bimbit mereka terputus.


Mesej palsu beredar

2.30pm: SMS palsu menggunakan nama Malaysiakini dikesan beredar.

Pesanan palsu itu mendakwa polis menembak mati peserta BERSIH.

Malaysiakini tidak melaporkan perkara itu.

Untuk maklumat tepat, sila layari laman web atau laman laporan langsung kami. Pengguna Android juga boleh memuat turun aplikasi terkini kami www.primekini.com


Anggaran perserta: 50,000 orang

2.30pm: Peserta dianggarkan 50,000 orang, berdasar pemerhatian Malaysiakini.


2.20pm Masjid Jamek – Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berucap.

Beliau berkata orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul kerana tidak boleh lagi menerima amalan rasuah dalam negara.

Beliau mengingatkan akan berkumpul secara aman selama 34 jam seperti dirancang.

“Boleh tidur di tepi jalan atau atas rumput. Semuanya boleh. Dan kita akan berada dalam keadaan aman,” katanya.


Dianggarkan lebih 30,000 orang sudah berhimpun. Kumpulan dari Pasar Seni mula berarak.


2.06pm Masjid Negara – Di perkarangan masjid, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata orang ramai berkumpul kerana hendak menyelamatkan negara supaya tiada krisis politik dan ekonomi.

“Kita mahu ketelusan dalam kerajaan. Nampaknya ada orang takut dengan perkataan BERSIH, mereka mahu hapuskan perkataan itu.

“Kita mahu anak cucu dan negara aman damai dengan perkara BERSIH,” katanya.


2.03pm Selain di sekitar Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu perhimpunan itu juga turut berlangsung di luar negara.

Facebook Global Bersih melaporkan, 74 lokasi perhimpunan BERSIH 4 yang turut diadakan di seluruh dunia.

Di Melbourne, Australia, wakil KiniTV, Shanice See melaporkan hampir 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut.


2:00pm Sogo - Semua peserta menyanyikan lagu Negaraku sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Doa dibaca supaya perjalanan ke Dataran Merdeka serta seluruh rakyat Malaysia selamat.

Mereka turut melaungkan "bersih" sebelum berarak.

Ucapan turut disampaikan oleh wakil Bersih Wong Cheng Huat di atas sebuah kereta pacuan empat roda jenis Hilux.

Turut kelihatan ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bekas naib presiden PAS Salehuddin Ayub.


Jumlah peserta BERSIH 4 kini dianggarkan seramai 20,000 orang.


1.35pm: Umno Kelantan kutuk himpunan BERSIH 4 dengan mendakwa ia jejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara, lapor Bernama.

"Dia pilih tarikh dan lokasi kita nak sambut ambang kemerdekaan, walaupun mereka ditawarkan tempat lain namun mereka teruskan rancangan mereka itu," pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed dipetik sebagai berkata.


1.30pm: Sogo - Peserta beragama Islam solat berjemaah di pekarangan pusat beli-belah Sogo. Ia diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Putih, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Selesai solat peserta bersiap sedia untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Jumlah kehadiran di Sogo kini mencecah kira-kira 2,000 orang.

Walaupun peserta semakin ramai, aliran lalu lintas tetap seperti biasa dan tiada sekatan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.




1.30pm: Brickfields - Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Aruchelvan berada bersama kira-kira 600 peserta. Katanya, mereka akan berarak bersama Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kira-kira jam 2 petang.

Aruchelvan juga menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh atau termakan umpan pencetus kekacauan jika ia berlaku.

"Ingat - senyum kepada polis. Jangan cabar mereka," katanya.

Kebanyakan peserta di sini terdiri daripada ahli PSM, Hindraf, komuniti India dan Orang Asal. Turut jelas kelihatan, bendera tuntutan royalti Kelantan dan anti-GST.

Turut berada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.


Faizal Fauzi dari Sungai Petani, Kedah. Katanya menjadi tanggungjawab untuk beliau turun menyertai BERSIH 4 bagi menamatkan amalan rasuah dan kerosakan negara.

"Tak ada rasuah, tak ada Najib," katanya ketika ditanya apa yang diharapkan daripada perhimpunan kali ini.


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang, Tengku Zulpuri Shah bersama isteri Aida Ross tiba di Masjid Negara bersama sekurang-kurang 20 kereta lain.

Menurut Tengku Zulpuri, sebahagian daripada mereka berkumpul di Jalan Petaling dan Sogo, terutama golongan lebih muda. Pimpinan atasan DAP pula akan berada di Masjid Negara selepas solat Zuhur.


1.25pm: Jalan Tun Perak - Ketika kebanyakan peserta melaungkan "Bersih", sesetengah lagi menunjukkan rasa bangga dengan negeri masing-masing, terutama dari Johor.

Ada peserta membawa sepanduk memapakan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sambil melaungkan "Daulat Tuanku".

Satu kumpulan lain - majoritina Cina - membawa sepanduk bertulis Made in Muar (buatan Muar) serta bendera negeri dan Malaysia.


1pm: Dataran Merdeka - Kira-kira 20 peserta berdiri di tepi penghadang ke padang selepas tiba dari Jalan Parlimen, manakala yang lain berada kira-kira 50 meter dari situ.

Dua penghadang dipasang bagi mengelak orang ramai memasuki Dataran Merdeka dan ada lebih kurang 100 anggota polis berkawal. Hanya kenderaan tertentu dibenarkan masuk ke kawasan sekitar.

Keadaan kekal tenang dan terkawal.


Kemas kini 1pm: Jumlah peserta dianggarkan kini 20,000 orang berdasarkan pemerhatian Malaysiakini.


12.51pm: Masjid Negara - Keadaan agak tenang. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang berada di sini. Lebih 50 gerai menjual baju, makanan dan minuman di buka sejak 8 pagi. Lalu lintas dari Jalan Perdana ke Jalan Kinabalu bergerak lancar.


12.35pm Sogo - Ribuan peserta BERSIH 4 kini membanjiri pekarangan pusat membeli-belah Sogo. Keadaan kini seperti pesta apabila mereka membunyikan vuvuzela dan bersorak apabila kereta yang lalu-lalang membunyikan hon.

Terdapat juga poster yang bertulis "Bebaskan Anwar" dibentangkan. Di satu sudut di pekarangan pusat membeli-belah itu juga turut tersedia satu kempen kumpul tandatangan bagi menggesa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Lalu lintas di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi masih lagi bergerak lancar. Beberapa anggota polis trafik juga kelihatan bagi mengawal lalu lintas.




12.30pm: Pasar Seni - Kumpulan muzil The BangsArt membuat persembahan. Adam Adli adalah salah seorang anggota kumpulan ini. Mereka mengetuai perarakan kira-kira 300 orang dari Jalan Hang Kasturi ke Pasar Seni.


12.25pm: Sogo - Restoran Nandos turut mengambil kesempatan memberi air percuma kepada peserta BERSIH 4 di sekitar pusat membeli-belah.


12:04pm: SOGO - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tiba di pekarangan Sogo. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang ingin bergambar dengannya sambil melaungkan "Bersih".

Peserta BERSIH 4 di perkarangan Sogo semakin meningkat, dianggarkan kini 500 orang.


12pm: Dataran Maybank, Jalan Tun Perak - Ramai orang berbaju kuning dan sesetengahnya meniup Vuvuzela untuk memeriahkan keadaan.

Jumlah orang ramai di Jalan Tun Perak dianggarkan seramai 2,000 orang.

Kebanyakan kenderaan yang lalu disambut orang ramai yang melaungkan "Bersih!" dan plakad "Orang ramai akan makan rumput jika Najib (PM) tidak letak jawatan".

Biasanya pemandu akan membalas dengan membunyikan hon sebagai tanda sokonan.

Ada kumpulan mendermakan 200 botol air mineral kepada peserta BERSIH 4.


12pm: KL Sentral - Kira-kira 300 orang berbaju kuning tiba dari stesen KTM dan LRT. Kebanyakannya menggunakan eskelator menunju Jalan Tun Sambantham melalui pasar raya NuSentral.

Sebahagian daripada mereka mengambil selfie, berbual dan makan tengah hari sementara menunggu rakan atau keluarga,

Seorang anggota polis memberitahu Malaysiakini, Ibu Pejabat Polis Brickfields menugaskan 30 anggota untuk berkawal di kawasan Brickfields.

Di sepanjang Jalan Tun Sambanthan dan KL Sentral ada kira-kira 500 orang peserta BERSIH 4.


11.30am: Pasar Seni - Kira-kira 800 orang berkumpul. Sesekali ada jeritan "BErsih" dan Tolak Najib" namun keadaan lebih meriah di luar apabila kira-kira 100 berkumpul berhampiran Hotel Geo melaungkan "Bersih", "reformasi" dan "tolak Najib"

Ia mendorong kumpulan lebih kecil di Pasar Seni menjerit juga, mungkin kerana inginkan perhatian daripada media.


11.30am Masjid Negara – Jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Kira-kira 1,000 orang berlegar sekitar Bangkok Bank di Jalan Tun Perak. Kebanyakannya memakai baju BERSIH 4.


11.30am – Kemas kini jumlah peserta: 800 Jalan Tun Perak - 500 Petaling Street - 2,000 Brickfield - 150 Masjid Negara - Sogo - 200


11.43pm Datuk Mohd Nardin Awang, mantan setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan timbalan presiden Umno itu bersetuju untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.0.

“Adalah dimaklumkan bahawa berita tersebut palsu, berniat jahat dan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.




11.30am Pasar Seni - Kira-kira 800 orang sudah berkumpul di sini dengan melaungkan slogan anti-Najib.




10.50am Gereja Church of Our Lady of Fatima, Brickfield – Paderi Ferdinand Magimay berkata geraja itu sudah bersedia untuk menerima orang ramai yang mungkin singgah hari ini.

Gereja itu antara tiga gereja yang bersedia membuka pintunya untuk peserta BERSIH.

Ferdinand berkata gereja 52 tahun itu akan membekalkan air mineral. Dua pasukan kesihatan juga akan ditempatkan di situ pada jam 2 petang.


11am Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Tun Perak – Seorang orang kurang upaya (OKU) Isaiah Jacob berkata, isu rasuah antara penyebab beliau hadir kali ketiga ke perhimpunan BERSIH.

“Dan sebagai OKU, saya juga salah seorang mangsa kerajaan.

“Saya mahu bangkitkan kesedaran di kalangan OKU, sebahagian wang sepatutnya untuk orang OKU, bukan Umno dan BN,” katanya.




11:00am SOGO - Ratusan orang berbaju kuning BERSIH 4 mula berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

Pusat membeli-belah berkenaan turut beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun kawalan keselamatan di pusat membeli-belah berkenaan dipertingkatkan apabila beberapa orang yang memakai jaket keselamatan memantau dari dalam bangunan.

Orang ramai turut membeli-belah di dalam Sogo seperti biasa.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ina berkata, walaupun mengetahui mengenai perhimpunan BERSIH 4, namun perkara itu tidak menjadi masalah baginya.

"Tak apa. Saya tak kisah pun," katanya.




10.40am Pasar Seni – Kira-kira 150 orang berkumpul di kawasan itu. Polis juga kelihatan beredar sekitar kawasan pelancongan itu.

Laluan utama dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka melalui Lebuh Pasar sudah ditutup.

Di luar bangunan itu, NGO Tindak Malaysia membuka tempat pendaftaran untuk kempen mereka Satu Rakyat Satu Undi Satu Nilai (1RUN).

Pengerusinya PY Wong berkata kempen itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap proses persempadanan semula yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


10.30am Jalan Tun Perak – Seorang peserta BERSIH Roslan Ali, 45, hari ini melepaskan geramnya terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Ini bukan bapa dia punya duit, ini rakyat beli sendiri.

“Mana ada undang-undang larang orang pakai baju kuning... kalau pergi mahkamah pun kita boleh menang,” katanya.


10.15am Petaling Steet – Seorang peserta BERSIH tampil memperolokkan kerajaan melalui plakad membawakan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ia bertulis:"We are Malaysians, for nation, tak main 'donation'."

Ramai antara mereka bersarapan di kawasan itu sebelum bergerak ke kawasan berkumpul.


10:26am: Selain peserta BERSIH 4 mula membanjiri banda raya Kuala Lumpur, terdapat juga iklan yang ditampal di sekitar kawasan Jalan Tun Perak yang menawarkan makanan percuma kepada peserta yang memakai baju BERSIH 4.

Bagaimanapun, iklan tersebut tidak dapat disahkan sama ada sahih atau tidak.

Sementara itu, sekumpulan polis kini sudah berada di Jalan Raja - menuju ke Dataran Merdeka. Mereka berbaris dan bertindak mengawal orang ramai supaya tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Seorang polis yang ditemui berkata, mereka bertindak mengawal bagi menghalang individu yang memakai baju berwarna kuning dan merah dari masuk ke Dataran Merdeka.

"Baju kuning dan merah tak boleh. Orang biasa boleh masuk tapi kuning dan merah tak boleh," kata anggota polis tersebut.


10am: Jalan Tun Perak – Beberapa jam sebelum perhimpunan BERSIH, keadaan di sini tenang.

Masih belum ada jalan ditutup dan kenderaan lalu-lalang seperti biasa. Hanya beberapa orang polis kelihatan mengawal lalu lintas.

Masih terdapat beberapa pihak memakai baju kuning BERSIH 4 walaupun telah diharamkan kerajaan semalam.

Kebanyakan mereka yang memakai baju kuning kelihatan berkumpul di kedai-kedai makan di ibu kota.


10am, Kepong Sentral KTM – Kira-kira 120 peserta BERSIH menunggu Komuter ke Kuala Lumpur. Mereka juga kelihatan mengedarkan air mineral dan roti.

Beberapa orang juga kelihatan memakai reben kuning sementara menunggu kereta api.

Seorang wanita Elaine Kah berkata beliau sudah bersedia untuk perhimpunan hari ini sejak tiga minggu lalu.

“Kami jual kemeja-T untuk kumpul dana bagi membeli roti dan ait mineral.

“Kami tidak puas hati dengan (derma) RM2 bilion (ke akaun) Najib Razak, insiden Low Yat. Sebab itu kami turun ke jalan,” katanya kepada Malaysiakini.

Kebanyakan mereka menuju ke stesen Kuala Lumpur, terdekat dengan Pasar Seni – salah satu daripada pusat berkumpul BERSIH.


Malaysiakini membawa laporan secara langsung 34 jam perhimpunan BERSIH 4. Terus bersama kami untuk liputan, gambar dan video semasa melalui PC atau telefon pintar.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Malaysiabaru berkata...

Insyallah esok bila Tun M turun

Maka sudah pasti peserta akan cecah 1 000,000 orang

P.s esok bersih reserve untuk orang umno
Tak perlu pakai baju kuning

Tanpa Nama berkata...

Malaysiakinipun kena sekat agaknya.apa punya kere jaan ini.

Tanpa Nama berkata...

Sudah dicuba lg dpt pula tp mcm dr line lain sikit dr yg biasa.

Unknown berkata...

Polis kata 25 ribu org?
Kahkahkah