Sabtu, 29 Ogos 2015

Interpol tolak permohonan notis merah polis Malaysia

Polis Antarabangsa Interpol menolak permohonan polis Malaysia supaya mengeluarkan notis merah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Notis merah sama seperti dengan waran tangkap antarabangsa di mana negara-negara ahli dimaklumkan mengenai individu yang mahu untuk ekstradisi.

Dalam surat kepada NGO Fair Trial International, Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock mengesahkan menolak permohonan pihak berkuasa Malaysia.

Dalam surat itu, Stock berkata kebiasaannya Interpol tidak mengulas mengenai kes tertentu atau melibatkan individu.

Bagaimanapun, berdasarkan signifikan laporan akhbar mengenai kes itu, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima permohonan notis merah untuk Clare
Rewcastle Brown daripada pihak berkuasa Malaysia.

"Sejajar dengan prosedur operasi standard kami, satu kajian semula telah dijalankan dan, pada 9 Ogos permintaan untuk notis merah itu telah ditolak," kata
Stock.

Menurutnya lagi, semua 190 negara anggota dimaklumkan keputusan itu dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan saluran Interpol berhubung kes itu dan juga
memohon untuk mengeluarkan sebarang data daripada database negara mereka.

Surat tersebut bertarikh 27 Ogos kepada Ketua Eksekutif Fair Trials International Jago Russell, sebagai maklumbalas kepada pertanyaannya pada 25 Ogos.

Clare, seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK, telah membuat liputan berhubung dakwaan salahguna 1MDB milik negara Malaysia dan deposit berbilion
ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Pada 4 Ogos lalu, polis Malaysia telah
memperolehi
waran tangkap terhadap Clare yang dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
-Malaysia Kini-

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: