Ahad, 23 Ogos 2015

Haram jatuhkan pemimpin cara kekerasan, kata Shahidan

Haram hukumnya menjatuhkan seorang pemimpin dengan cara kekerasan, kata Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, mengulas isu hukum menggulingkan kerajaan yang memerintah
susulan pendedahan timbalan perdana menteri wujud kumpulan tertentu dalam Umno yang berhasrat berbuat demikian.

Bercakap pada majlis pembukaan mesyuarat perwakilan parti bahagian Kangar, Arau dan Padang Besar di Kangar hari ini, pengerusi badan perhubungan Umno negeri
itu bagaimanapun berkata, majlis fatwa membenarkan orang di bawah mengkritik pemimpin mereka.

"Tetapi, sekiranya seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara paksa, itu haram. Kalau buat benda haram, masuk neraka, tahu?" katanya memberi amaran kepada ahli parti pada mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Semalam, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat boleh menggulingkan atau menjatuhkan kerajaan yang mungkar atau zalim menerusi sistem demokrasi pilihan raya ataupun undi di Parlimen.

Katanya, agama menuntut umatnya bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah, tetapi Nabi Muhammad melarang rakyat memerangi pemerintah Islam menggunakan senjata selagi mereka menunaikan solat.

Bagaimanapun, sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi pandangan, tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilih rakyat melalui cara yang sah.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," beliau dipetik berkata Harian Metro Online pada Khamis. – 23 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

Tanpa Nama berkata...

Beri dalil yang kata haram itu. Selain itu ingat peristiwa rampasan kerajaan dari PR di perak macamana taraf nya pula.

Tanpa Nama berkata...

Beri dalil yang kata haram itu. Selain itu ingat peristiwa rampasan kerajaan dari PR di perak macamana taraf nya pula.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yg mkn rasuah mcm shahidan kassim n yg sudah sedia termasyhur seorg lg tu lg haram jadah.menjatuhkan org baik adalah haram.menjatuhkan org haram jadah adalah halal baru la fatwa yg betul.

Zack berkata...

Bodoh punya Shahidan Kasim!!Kalau tak pandai pasal agama, duduk diam2 la bangang..

Tanpa Nama berkata...

Jangan permainkan ugama demi kepentingan pihak tertentu.

Tanpa Nama berkata...

nie mana punya mangkuk hayun bertingkat nie..apa punya taraf menteli kek negara lanun 1malaysia nie..wahai lanung teruskan melanun reta bende..bile korang nak GOOOOL la weii!

Tanpa Nama berkata...

bodoh piang punya olang... hari2 makan dlm tandas...

Tanpa Nama berkata...

haram tu hanya terhadap pemimpin yang adil, yang amanah, yang betul-betul berpegang pada hukum Islam, yang menjaga kebajikan rakyat ............Najib dan pemimpin-pemimpin umno ni adil dan amanah ke ......duit 1MDB adalah duit kerajaan...duit kerajaan adalah duit rakyat .... yang kau orang bersubahat dengan najib curi duit 1MDB dan guna untuk umno tu apa hal .....adil ke tu? amanah ke tu ???

Tanpa Nama berkata...

Haramjadah punya menteri..mkn duit rakyaat tu tk haram ke..