Isnin, 3 Ogos 2015

Di sebalik pertemuan Muhyiddin dengan Sultan Johor

Pertemuan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, selesai petang
ini selepas kira-kira satu jam ia berlangsung. 

Muhyiddin bersama isterinya, Puan Seri Norainee Abdul Rahman kelihatan keluar meninggalkan perkarangan Istana Bukit Serene, Johor Baru kira-kira jam 4.35
petang selepas memasukinya pada jam 3.30 petang. 

Kedua-dua mereka yang menaiki kenderaan istana turut melambai kepada pemberita yang menunggu di perkarangan istana sejak jam 2.30 petang tadi.

Pertemuan itu dipercayai turut disertai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin. 

Sumber sebelum ini memaklumkan, perjumpaan Muhyiddin bersama pihak istana itu dijangka akan membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta
isu-isu semasa.

Timbalan presiden Umno itu pagi ini merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Kluang, di Dewan Pekan Rabu di Kluang. – 2 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: