Rabu, 5 Ogos 2015

Azalina Othman 'conteng arang' ke muka Najib, .. jangan sampai kena laknat Allah kata mufti!

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana membuat kenyataan jahil.

Katanya, kenyataan Azalina -adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak
mengundang maksiat – tidak patut dikeluarkan oleh seorang bertaraf menteri.

“Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah. Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli Exco negeri, mereka
telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan
nama Allah untuk mempertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum Allah. Jika tidak, maknanya
mereka melanggar sumpah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pemimpin supaya tidak melanggar sumpah, bagi mengelak dilaknat Allah.

“Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Jadi, tidak boleh
keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum Allah.

“Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

“Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan,”
katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini Azalina telah ditegur oleh penceramah terkenal, Kazim Elias dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim kerana membuat kenyataan itu.

* baru beberapa hari je, Menteri lantikkan Najib bikin kontroversi .. dah la terpalit skandal 1MDB, Najib mesti pening dengan isu ini. hahahhahaha

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

la mufti bughah baru nak ckp ke? aku ingat x de lagi...elok di hantar menteri jantina tu kek pulau mana-mana suruh dia buat adegan sendiri..kah..lkah...kah..?

Tanpa Nama berkata...

Menteri yg mengaku Islam tetapi tak tutup aurat tak berani pula mufti nak tegur? Kenapa? takut miss suru atau hilang jawatan. Terang2 perkara mungkar depan mata tak berani tegur terutama badak sekor yg rambut macam tebuan tu.

Mana dia konsep : Mencegah mungkar & menyeru kpd kebaikan? Jual agama utk jawatan & kedunian...........

Tanpa Nama berkata...

dia tu keliru identiti.......

Anoynimous berkata...

Tembolok kena jaga bos
jangankan aurat riba pun halal bos
contoh pinjaman dimalaysia ni ada interest, dalam bahasa melayu interest tu faedah, orang kampong kata bunga, ini semua adalah aktiviti mengambil keuntungan atas pinjaman yg diberi bos. Dalam bahasa arab aktiviti ini dipanggil ribaa bos.
Dalam al quran riba ni hukumnya haram bos. Ada mufti katakan atau wartakan interest atau faedah ni haram? Tak ada bos,. Pasai ape? Pasai nak jaga tembolok bos, mufti pun nak duduk rumah besar kereta mewah bos, jawatan kena jaga bos, status kena kekal, haram pun haramlah, cari istilah lain utk halalkan.
Mufti esok dah mampooss boleh mintak ampun, hehe taubuat bos

Tanpa Nama berkata...

Tok Mufti dah dah jelaskan yg dia pun tak setuju denga apa yg Azalina ckp. Perihal penampilan menteri tu,rasanya dia pun tak suka melihatnya.