Ahad, 30 Ogos 2015

Awang Selamat seru kerajaan ambil ikhtibar

Kerajaan dinasihatkan supaya mengambil iktibar terhadap pelaksanaan perhimpunan Bersih 4.0 kali ini, supaya tidak berkompromi dengan apa saja bentuk perhimpunan haram selepas ini.

Memetik laporan Awang Selamat dalam ruangannya di Utusan Malaysia hari ini, mencadangkan perkara itu sambil menjadikan kerajaan pimpinan orang Cina Singapura sebagai contoh.

“Sebanyak 21 rakyat Malaysia ditahan pada 2013 kerana menyertai perhimpunan Bersih di republik itu. Semalam, pihak berkuasa Singapura memberi amaran lagi supaya tiada sesiapa adakan perhimpunan haram termasuk Bersih 4.0,” katanya.

Menurut kolumnis itu lagi, pendekatan pencegahan seharusnya menjadi tunjang dalam menjaga keharmonian negara terutama masyarakat pelbagai kaum.

“Apa istimewanya penganjur Bersih yang melakukan sabotaj ke atas negara tetapi tidak pernah didakwa bagaikan ada imuniti? Mereka harus bertanggungjawab dan tidak boleh dibiar terlepas begitu sahaja.”

Tegasnya, kegagalan pihak berkuasa bertindak tegas dalam isu-isu ancaman keselamatan dan ketenteraman awam akan memberi isyarat yang salah kepada masyarakat.

Kerana itu, juga, katanya, ada pihak termasuk rumah ibadat secara terbuka menawarkan bantuan kepada peserta Bersih 4.0.

“Kelemahan pihak berkuasa boleh mengundang persubahatan dan mudarat lebih besar,” katanya lagi.

Awang Selamat pada masa sama berkata, penganjuran Bersih 4.0 di Kuala Lumpur semalam memberikan petunjuk jelas terutama yang paling ketara membabitkan penguasaan penyokong DAP yang rata-ratanya kaum Cina.

“Tahniah kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng kerana dominasi tersebut. Juga syabas kepada penganjur asal Bersih 4.0 kerana menyerlah belang sebenar bersekongkol dengan DAP.

“Akhirnya motif politik mengatasi segala-galanya. Maka apa yang dijanjikan bersih, seperti siri perhimpunan lalu, nampak jijik dan kotor,” katanya.

Awang Selamat menegaskan supaya gambaran itu tidak dipandang mudah kerana jika selama ini, orang Cina tidak ghairah membantah di jalanan, keadaan sudah berubah dengan majoriti kaum itu menguasai.

“Ada yang melihatnya sebagai kebangkitan daripada sentimen politik yang dibakar oleh parti pembangkang terutama DAP.

“Apakah kerana Melayu makin berpecah, dilihat lemah serta tiadanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka penyokong DAP dan penganjur Bersih 4.0, lebih berani dan berkeyakinan,” soalnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Unknown berkata...

Haram jadah awang selamat ni

Den berkata...

Ini satu lagi bangsatttt. Menghasuuuut je. Halalkah gaji yang anda terima dengan cara itu. Tapi tak hairanlah jelas memang ramai orang Islam yang tidak islam, tidak yakin dengan peranan Tuhan, dia lalai bahawa Tuhan Maha Mengetahui.