Jumaat, 28 Ogos 2015

Akhirnya perhimpunan batal

Selepas beberapa jam bertekad untuk tetap meneruskan perhimpunan hujung minggu ini, kumpulan anti-BERSIH kini membatalkan hasrat tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas perjumpaan ketua kumpulan tersebut Datuk Jamal Md Yunos bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.

Jamal berkata, perjumpaan antara Tajuddin dan Zainol dibuat selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.

"Kami dan diambil keterangan oleh pihak polis dan berbincang dengan ketua polis Kuala Lumpur dan OCPD dan dengar taklimat daripada polis berkenaan persiapan polis jika BERSIH 4 tetap meneruskan niat mereka.

"Oleh itu, kami buat ketetapan untuk membatalkan niat untuk anjur BERSIH 4 Keamanan kerana kami beri kepercayaan sepenuhnya kepada polis," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Bagaimanapun Jamal berkata, berikutan tidak dapat mengadakan perhimpunan Sabtu ini, pihaknya berhasrat utnuk membuat satu lagi perhimpunan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun masa dan tarikh masih belum lagi ditentukan, katanya.

"Seminggu atau dua minggu lagi kita akan buat perhimpunan. Ralat memang ralat sebab kami dah bersedia.

"Tapi demi menghormati undang-undang dan penjelasan polis dan kami beri keyakinan pada mereka," katanya lagi.

Sebelum itu, Jamal berkata kumpulan itu akan tetap meneruskan perhimpunan mereka pada Sabtu ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menyediakan baju sebanyak 10,000 untuk perhimpunan itu nanti.

"Bergantung pada dua hari ini, ikut perkembangan semasa.

"Kami telah buat persediaan, baju dah sampai di tangan saya dalam 10,000 helai,” katanya.

Jamal berkata pihaknya hanya akan membatalkan hasrat mereka jika perhimpunan BERSIH dipindahkan ke stadium.

“Kami akan batalkan hasrat kami pada bila-bila masa jika pihak BERSIH haram ini bersetuju mengikut arahan polis dengan berkumpul dalam Stadium Titiwangsa,” katanya pada sidang media di Dataran Merdeka hari ini.

Bagaimanapun, dalam sidang media kemudianya, Jamal menjelaskan mengenai baju tersebut akan digunakan pada perhimpunan akan datang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Abdul Said berkata...

Samseng taik kucing!! Lagak samseng kg dusun. Inilah kumpulan budak-budak Melayu yang boleh dijual beli dengan sehelai t-shirt, sebungkus nasi campur dan teh air dan sekotak rokok yang ntah ape jenama!!. Kesian. Duduk tumpang ibu bapa, duduk flat bandaraya, merempat lepas tu tunjuk kuat. Hello Melayu bangsat, orang zaman sekarang tak pakai kudrat macam dulu. Otak geliga, ada kelulusan dan kepandaian kena dapat kerja syarikat gergasi (bukan syarikat ameno sebab syarikat ameno untuk anak beranak kroni sahaja), tu yang boleh beli kereta mahal sebab gaji berbelas ribu dan dapat bonus 5 atau 6 bulan. Melayu haprak setakat jadi kuli Cina bolehlah.!!!!

Unknown berkata...

Samseng taik kucing..
Nama pun anti bersih.
Kalau anti bersih,kotoq la jawabnya.
Barua umno mmg suka kotoq2 ni