Isnin, 20 Julai 2015

Tak kan fitnah dah jadi halal dalam PAS wahai Mokhtar Senik?

Mokhtar Senik - Ular dalam semak ni yang mengaku mimpi berjumpa nabi berpuluh-puluh kali tampil lagi dengan kritikan terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB).

Menurutnya, GHB dibangunkan oleh orang-orang yang lemah semangat juang mereka serta tiada daya istiqamah dan iltizam untuk memikul sebuah perjuangan yang
panjang dan berliku.

“Pemimpin yang berjiwa lemah tidak akan mampu bertahan walaipun cakapnya bergema kuat.

“GHB tidak mampu berdiri sendiri dan dengan itu ia terpaksa bertongkat kepada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Jika ia bertongkat ia tidak akan mampu membawa idelismenya sendiri sebaliknya mesti bercakap dan bertindak mengikut siapa ia menumpang,” katanya dalam
akaun Facebooknya di sini.

Tambah Mokhtar lagi, sekiranya GHB bertegas dengan prinsipnya sendiri yang kononnya lebih Islamik dari PAS, maka ia tidak akan dibiarkan.
Ujarnya, tuan rumah akan bertindak menghalaunya keluar kerana PAS yang bersama-sama membangunkan Pakatan Rakyat (PR) pun DAP boleh lupa diri menghalau
PAS inikan pula GHB yg awal-awal lagi terpaksa menagih ehsan DAP.

“Sejarah politik malaysia menyaksikan parti-parti serpihan tidak akan mampu bertahan walaupun pada awal penubuhannya kelihatan kuat dan menggugat.

“Sama-sama kita lihat bidak catur yang sedang bergerak dan teka-teki politik tanahair sedang dilengkap dan dicantumkan yang mana saya yakin kemenangan
hakiki adalah untuk orang-orang yang sabar dan Istiqamah bersama Islam,” ujarnya.



1. aku lihat pemimpin mengaku ulamak dalam PAS semakin bimbang dan sangat risau akan kehadiran GHB.

2. Jangan komen banyak-banyak sangat, orang nampak akan kekalutan dan keresahan kalian.

3. Lihat sahaja, GHB akan terkubur atau PAS yang terus mengecut.

4. Aku hanya persoal satu benda, layakkah kalian mengaku lebih islamic jika dalam pemilihan mengamalkan sistem 'chai' dan label serta fitnah golongan yang kalian tidak suka?

5. Layakkah kalian dihormati pengundi zaman sekarang jika kalian suka melabel orang dengan gelaran tolol, jebon, parasit, anti ulamak dan lain-lain?

6. Kalau nak hitung berapa lama GHB boleh bertahan, itu kerja Allah. Sekurang-kurangnya ada Harapan Baru untuk rakyat Malaysia

7. Kami para blogger yang menyokong pakatan rakyat akan terus menyokong GHB.

8. GHB proxy DAP? Sabar dulu .. jangan buat fitnah lagi. Lihat kelangsungan baru buat tuduhan. Fitnah dalam PAS sudah menjadi halal?

9. GHB parti orang kecewa? UMNO selalu bantai PKR dengan menuduh PKR hanya satu parti untuk sokong Anwar. Tapi sampai sekarang PKR bertahan. InsyaAllah, GHB akan turut bertahan untuk perjuangkan rakyat. Kalau UMNO boleh bantai PKR, PAS pun ......

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

senget kot Mokhtar ni, GHB baru dalam peringkat penubuhan, mesti byk yang perlu dibuat. takkan terus boleh berlari .

Tanpa Nama berkata...

mau tak riak MS selalu mimpi jumpa Nabi

Tanpa Nama berkata...

PAS dh tiru style UMNO berpolitik, elok sgt la tu. blh jadi teman sebantal. UMNO kn baik.

Tanpa Nama berkata...

PAS di bawah pimpinan sekarang lebih mesra umno. Org umno beritau, cai yg dibuat oleh geng mokhtar senik memang teknik dan tektik umno dlm pemilihan.