Sebetulnya tulisan ini ialah hasil perbincangan dan sumbang saran rakan-rakan seangkatan yang pernah bergelumang dengan kepelbagaian jemaah, parti dan
wadah; anak-anak muda yang sebetulnya sudah merasakan masa depan Malaysia semakin nazak disesakkan kebobrokan insan dari peringkat paling atas sampailah
peringkat paling bawah, di tanah tumpahnya darah, Malaysia yang bertuah inilah.
Jujurnya, selepas melihat keberanian tuan melawan arus saat GHB tercetus, ia sekali gus menumbuhkan harapan kembali.
Hayat wajib diteruskan selagi maut belum membilah tenggorok. Justeru, GHB dilihat sebagai talian hayat kepada harapan untuk sebuah Malaysia yang lebih
baik pada masa hadapan.
Tuan,
Ya, ada dalam kalangan rakan-rakan kita menganggap Tuan sebagai golongan kecewa tetapi dengan tercetusnya GHB, kami melihat tuan sebagai golongan pemimpin
yang tidak pernah berputus asa.
Menjadi kelaziman spesies makhluk ciptaan Tuhan, selagi hidup, selagi itu berjuang mencari ruang dan peluang untuk terus maju dan berkembang, berpindah
dan berhijrah apabila langkahnya diempang mahupun ditempangkan oleh musuh yang mungkin tidak sengaja berseteru.
Kami maklum sekiranya jawatan yang tuan kejar, dengan mudah-mudahnya tuan boleh berhijrah mengerumuninya daripada ketumbukan pemerintah; namun tuan memilih
jalan yang benar-benar susah; membina GHB daripada titik terendah semata-mata untuk memastikan hayat perjuangan rakyat pasca Pilihan Raya Umum 2013 tidak
tersekat. Dari itu, tahniah!
Namun tuan, di sini apalah sudi kiranya mendengar sedikit sebanyak sumbang saran kami, harapan kami terhadap GHB ini agar harapan yang dijanjikan bukan
harapan palsu namun harapan yang menjadi realiti demi masa depan ibu pertiwi.
Tuan,
Kami menerima maklum bahawa GHB adalah berteraskan Islam dengan mengedepankan prinsip amanah, progresif dan peduli.
Pertamanya, kami berpesan kepada tuan untuk jujur dengan agama, jujur dengan Islam. Sudah berapa banyak kita menyaksikan bagaimana nas-nas Tuhan dikhadamkan
untuk kepentingan peribadi juga organisasi hingga mencekup mulut rakyat jelata daripada berbeza pandangan.
Sebaliknya, tuan jikalau jujur dengan Islam haruslah tuan menjadi khadam kepada nas-nas dengan kefahaman yang bukan sahaja mendalam bahkan juga meluas
agar Rahmat Islam itu merentas setiap agama mahupun ras.
Kami khuatir kalau-kalau tuan tergelincir memainkan api perkauman dan keagamaan sedangkan yang kita perlukan daripada tuan adalah untuk benar-benar menguruskan
perbezaan kepelbagaian kaum dan agama. Apatah lagi, agama dan kaum tidak pernah bersalah – jika tidak masakan perlembagaan negara kita mengiktiraf kepelbagaian
agama dan kaum sejak Malaysia lahir lagi.
Kami perlukan tuan menukarkan kepelbagaian ini kepada kekuatan kita sebagai sebuah negara bangsa dan bukannya kepelbagaian sebagai jalan untuk bersengketa.
Bagi muafakat pakatan yang baru, pastikan tuan bukan sekadar mengisi vakum kekosongan perjuangan Islam sebaliknya tuanlah yang menjadi penyatu semisal
sosok Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jangan sesekali berulasan sesuatu yang pihak GHB belum mendapat kepastian lantaran pantasnya kenyataan selalunya mencantas diri sendiri, tetapi tidaklah
pula terlalu naif sehingga terlepas memberikan maklum balas khususnya hal-hal berkaitan sentimen keagamaan dan perkauman.
Tuan membawa Islam. Islam sudah masyhur dengan kepelbagaian aliran dalam bermacam-macam segi. Jadilah pemimpin yang menyatukan ummah dan berjiwa seluas
langit selebar bumi.
Serahkan urusan hukum hakam ibadah terutama yang menjadi status quo masyarakat semisal persoalan mazhab kepada para ulama.
Dalam hal-hal fekah, yang kami impikan adalah untuk tuan mengingatkan kami supaya bertakwa di dalam khutbah dan menjadi imam solat berjemaah.
Di akhirnya, biarlah GHB dilihat sebagai agen penyatu; tempat orang-orang Islam dan bukan Islam menumpang naungan rahmatNya.
Tuan,
Kembalikan ahli politik ke fungsi asal penciptaan insan. Ahli politik sebagai khalifah. Ahli politik yang memakai sifat-sifat Allah dengan mendahulukan
rahmat berbanding amarah sekalipun amarah sesekali perlu itupun untuk hal-hal tertentu yang benar-benar mengganggu perjalanan sesebuah negara.
Kita mahukan ahli politik sebagai khalifah yang tidak menjadikan keredaan Allah sebagai semata-mata lapikkan alasan sebaliknya seorang ahli politik sebagai
khalifah itu berusaha secara istiqamah dan profesional bahawa keredaan Allah kepada pemimpin adalah apabila pemimpin menjalankan pembaikan kepada negara
mahupun dunia. Pembaikan yang digerakkan oleh gerak Sunnatullah dan tindak Syariatullah yang tidak pernah dijuzuk-juzukkan.
Oleh itu, mengakulah andai tuan lemah dalam bidang yang tuan bukan berkeahlian. Sebagai pemimpin, tugas tuan untuk memimpin dan mengurus bukannya membimbing
dan mencetuskan penyelesaian atas hal-hal yang tuan tidak pakar.
Dalam apa juga bidang, polisi, dasar dan pendekatan, wajibkanlah diri-diri tuan merujuk kepada yang berkeahlian sekalipun mereka datang daripada kelompok
musuh politik tuan. Tidak perlulah tuan menapis fikrah, cukuplah tuan menapis hujah dan bekerjasama dengan ahlinya sekalipun mereka naif siasah.
Mulakanlah perbincangan dengan mereka, “hari ini mari kita berbincang demi kepentingan rakyat dan masa depan negara”. Jika tuan mengikut kehendak dan ego
sendiri, tuan ternyata zalim lantaran hanya dengan menjalankan pendapat golongan berkeahlian sahajalah, tuan melangsaikan amanah kepimpinan.
Beringatlah, pemimpin adil pemimpin dijulang, pemimpin zalim pemimpin dibuang. Di sini, jangan sesekali bertolak ansur dengan nilai integriti. Sekiranya
ditakdirkan ada dalam kalangan tuan terpalit dek isu integriti, dengan besar hati, undurlah tanpa perlu menunggu memorandum mahupun demonstrasi rakyat.
Justeru, politik sesekali tidak boleh dilihat sebagai jalan saraan kehidupan tuan; sebaliknya politik ialah peluang untuk tuan berkhidmat kepada hamba
Allah sebelum tuan menemuiNya selepas jujur memimpin.
Tuan,
Jadikan keberadaan GHB sebagai sebuah parti politik yang berbeza. Bukan sekadar mengulangi skrip-skrip perjuangan isu rakyat semata-mata tetapi juga bertindak
membina kapasiti polisi dan tatacara bernegara dalam bidang-bidang kritikal dan major negara.
Hal ini tidak mampu lahir andai tiada budaya ilmu dalam kalangan ahli GHB nanti. Kita tidak mahu mengeluarkan dokumen itu dan ini, negara dengan label
begitu jenama begini namun isi-isinya sekadar kelongsong yang kosong.
Jadilah pembangkang yang bukan hanya tahu membangkang dengan menyenaraikan lambakan masalah tetapi paling mustahak menjadi suara alternatif yang memberi
jalan keluar kepada kemelut suasana. Jalan keluar yang proaktif yang jelas bukan sekadar hamburan semata-mata nas.
Kami maklum dalam kalangan tuan ramai yang berkeahlian dan rajin menulis pandangan dan pemikiran. Teruskan budaya keilmuan ini kerana sebenarnya tugas
kita bukan sekadar membina negara malah sebuah tamadun juga dan tiada ketamadunan tanpa asas keilmuan yang kukuh dan ampuh.
Tuan,
Akhirnya Tuan, politik ialah jalan khidmat yang mendekatkan Tuan kepada syurga dan menjauhkan Tuan daripada neraka jika benar tujuan dan perjalanannya.
Tinggalkan sahaja mereka yang berdendam lantaran orang yang berdendam tidak lebih hanyalah sesosok jasad yang sedang minum racunnya sendiri namun mengharapkan
orang di sebelahnya mati.
Pandanglah setiap daripada rakyat tuan termasuk musuh politik tuan dengan pandangan Rahmat; bahawa setiap yang buruk boleh berubah – hal ini semestinya
memerlukan jiwa yang besar dalam gerak duduk dan tindak tanduk kepimpinan tuan sekalian.
Kita tidak mempunyai banyak masa untuk bergaduh dan mencipta musuh. Lantaran, untuk membina perjuangan itu pun memerlukan seluruh saat dalam kehidupan
yang entah berapa lagi bakinya. Mulakanlah dengan kejujuran, kami anak-anak muda Insya Allah bakal sama bergandingan.
Kami akhirkan pesanan ini dengan cuplikan puisi Pak Samad, pejuang sasterawan rakyat, yang menggambarkan nekad harapan kami yang kuat:
Tanah air akan indah, megah dan bermaruah
Jika kita senantiasa mensyukuri anugerah Allah
Dan bumi akan subur, makmur dan mewah
Jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama.
Kami bukan sekadar harap-harap. Ini sebenar-benar pengharapan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Hidup
Ddlm hidup ini
Kita mmerlukan CAHAYA
CAHAYA yg maha7TERANG demi "KEFAHAMAN"
CAHAYA yg maha7TERANG demi sbnr7"KEYAKNAN"
CAHAYA yg maha7TERANG demi sbnr7ERTI-TAQWA-"keIMANan"
CAHAYA maha7TERANG utk mnghindar was2-KELIRU-ktakutan
CAHAYA
CAHAYA adalah musuh keGELAPan
Tanpa CAHAYA..gelap GELAPlah jiwa & gelaplah MINDA
Tanpa CAHAYA..mmbawa kegelapan MINDA..ragu samar KELIRU dan buntu
Tanpa CAHAYA..GELAP utk sTOLOL biol bodoh @ dungu
Tanpa CAHAYA..gelap-FITNAH-songlap pon berlaku
Tanpa CAHAYA..buta-"KELIRU"!!
Dgn CAHAYA
Dgn CAHAYA yg maha7TERANG sgl2nya jls klihatan
MINDA yg bnar7TERANG.....tidak akan trtipu-KELIRU
MINDA bnar7TERANG...tidak TAKUT istilah2 drp hularrrMAK
MINDA bnar7TERANG..takde tolol-KELIRU dgn istilah2-Arab BAIAH & walaq
MINDA ygTERANG..tau FITNAH itu gelap-MURTAD-SESAT-barat!
MINDA TERANG..jls kmana sibapak'FITNAH tu akan diHUMBANkan!?
....hanya MINDA yg samar-GELAP shj yg was2 & TAKUT kpd istilah2-Arab sprt walaq-BAIAH-hudud dllnya sdangkan istilah2 itu mudah-TERANG and plain-very2-SIMPLE!!!
INGAT..dan ingatlah bhw ISLAM adalah deen-SYSTEM yg bnar7MUDAH-bnar7SIMPLE maha7LURUS lg maha7TERANG...mana mungkin putar-ONAR-langgar-ponteng-FITNAH trjd!!!!
QURAN
Quran itu sbnr7CAHAYA
Nabi SAW sbnr7PEMBAWA-CAHAYA itu
CAHAYA itu maha7TERANG
...ddlm CAHAYA maha7TERANG itu barulah hadirnya ktulusan-suci-Setia sbnr7ERTI 'BAIAH' dr dasar hati yg paling7Dlam
DAN
...ddlm CAHAYA maha7TERANG itu tidak mungkin samaskali trjd samar-KELIRU-onar-FITNAH
TOLOL
Hanya siTOLOL..
SiTOLOL2 shj yg akan terus TOLOL stolol7nya kekal berILUSI dgn ber'BAIAH' ddlm tipu AUTA samar-KELIRU-gelap-dan-FITNAH!
Yg bnar7TOLOL shj yg terus ber'BAIAH' ddlm GELAP dgn sibapak'FITNAH!!
....BAIAH ddlm gelap demi FITNAH-songlap-RASUAH!!!
......demi mnipu-KELIRU kan ummah!!!!
........krn BANGKAI-songlap-RASUAH!!!!!!
Nota:
KELIRU = slicik7TIPU
KELRU = sesamar/sjahat7TIPU
KELRU = sbejat7Onar-FITNAH dsisi ALLAH..
Cth,
...klu Madey & Jibby yg menuduh "pilKuda" serta menafikan tak songlap-RASUAH?,, sikit pon rkyat tak akan PERCAYA
TETAPI..
..apb hularrrMak jubah-SORBAN dah telan bangkai-UMPAN-songlap serta buat FITNAH pilKuda tentu masih ramai yg CAYA jd sangsi "KELIRU" was2 dan buntu..trutama org2 Kg & org2 Ulu tu
Wassalam..
Hidup
Ddlm hidup ini
Kita mmerlukan CAHAYA
CAHAYA yg maha7TERANG demi "KEFAHAMAN"
CAHAYA yg maha7TERANG demi sbnr7"KEYAKNAN"
CAHAYA yg maha7TERANG demi sbnr7ERTI-TAQWA-"keIMANan"
CAHAYA maha7TERANG utk mnghindar was2-KELIRU-ktakutan
CAHAYA
CAHAYA adalah musuh keGELAPan
Tanpa CAHAYA..gelap GELAPlah jiwa & gelaplah MINDA
Tanpa CAHAYA..mmbawa kegelapan MINDA..ragu samar KELIRU dan buntu
Tanpa CAHAYA..GELAP utk sTOLOL biol bodoh @ dungu
Tanpa CAHAYA..gelap-FITNAH-songlap pon berlaku
Tanpa CAHAYA..buta-"KELIRU"!!
Dgn CAHAYA
Dgn CAHAYA yg maha7TERANG sgl2nya jls klihatan
MINDA yg bnar7TERANG.....tidak akan trtipu-KELIRU
MINDA bnar7TERANG...tidak TAKUT istilah2 drp hularrrMAK
MINDA bnar7TERANG..takde tolol-KELIRU dgn istilah2-Arab BAIAH & walaq
MINDA ygTERANG..tau FITNAH itu gelap-MURTAD-SESAT-barat!
MINDA TERANG..jls kmana sibapak'FITNAH tu akan diHUMBANkan!?
....hanya MINDA yg samar-GELAP shj yg was2 & TAKUT kpd istilah2-Arab sprt walaq-BAIAH-hudud dllnya sdangkan istilah2 itu mudah-TERANG and plain-very2-SIMPLE!!!
INGAT..dan ingatlah bhw ISLAM adalah deen-SYSTEM yg bnar7MUDAH-bnar7SIMPLE maha7LURUS lg maha7TERANG...mana mungkin putar-ONAR-langgar-ponteng-FITNAH trjd!!!!
QURAN
Quran itu sbnr7CAHAYA
Nabi SAW sbnr7PEMBAWA-CAHAYA itu
CAHAYA itu maha7TERANG
...ddlm CAHAYA maha7TERANG itu barulah hadirnya ktulusan-suci-Setia sbnr7ERTI 'BAIAH' dr dasar hati yg paling7Dlam
DAN
...ddlm CAHAYA maha7TERANG itu tidak mungkin samaskali trjd samar-KELIRU-onar-FITNAH
TOLOL
Hanya siTOLOL..
SiTOLOL2 shj yg akan terus TOLOL stolol7nya kekal berILUSI dgn ber'BAIAH' ddlm tipu AUTA samar-KELIRU-gelap-dan-FITNAH!
Yg bnar7TOLOL shj yg terus ber'BAIAH' ddlm GELAP dgn sibapak'FITNAH!!
....BAIAH ddlm gelap demi FITNAH-songlap-RASUAH!!!
......demi mnipu-KELIRU kan ummah!!!!
........krn BANGKAI-songlap-RASUAH!!!!!!
Nota:
KELIRU = slicik7TIPU
KELRU = sesamar/sjahat7TIPU
KELRU = sbejat7Onar-FITNAH dsisi ALLAH..
Cth,
...klu Madey & Jibby yg menuduh "pilKuda" serta menafikan tak songlap-RASUAH?,, sikit pon rkyat tak akan PERCAYA
TETAPI..
..apb hularrrMak jubah-SORBAN dah telan bangkai-UMPAN-songlap serta buat FITNAH pilKuda tentu masih ramai yg CAYA jd sangsi "KELIRU" was2 dan buntu..trutama org2 Kg & org2 Ulu tu
Wassalam..
Catat Ulasan