Isnin, 13 Julai 2015

Plaza Low Yat tegang kembali, tutup awal, kumpulan PEKIDA lancar bantahan

PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT

Pihak berkuasa meminta peniaga di Plaza Low Yat menghentikan operasi mereka lebih awal malam ini (malam semalam) selepas kira-kira 200 orang, sebahagiannya dikatakan dari kumpulan hak Melayu Pekida, berkumpul di luar bangunan itu menyuarakan "ketidakpuasanhati" mereka berhubung satu pergaduhan yang berlaku semalam.

Premis perniagaan diminta tutup seawal jam 9 malam ini, dengan polis mengepung kawasan itu bagi menghalang kumpulan itu daripada cuba memasuki bangunan.

Difahamkan yang kumpulan itu berkumpul di hadapan bangunan itu kira-kira pukul 6 petang dan bilangannya menjadi semakin ramai pada pukul 8.45 malam, tanpa mempedulikan amaran polis yang melarang mereka membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.

Mereka didengari melaungkan kenyataan yang menghina dan keji dan kelihatan bersedia menyerbu ke dalam premis itu apabila pihak pengurusan dan pihak berkuasa memutuskan untuk menutupnya lebih awal.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.

Salah seorang daripada mereka yang dipercayai wakil kumpulan itu, kedengaran memberitahu orang ramai yang perhimpunan itu ialah mengenai menuntut keadilan.

"Kami mahu keadilan dan kesaksamaan, kami mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedar apa yang berlaku semalam," katanya.

Insiden yang berlaku pada jam 7.50 petang Sabtu menjadi viral di laman rangkaian sosial, dengan ramai yang membuat kesimpulan ia bermotifkan perkauman.

Posting di media sosial juga menyatakan, lelaki yang kini berada dalam tahanan polis kerana didakwa mencuri sebelum itu ditipu apabila membeli telefon bimbit di sebuah kedai.

Lelaki itu didakwa merampas satu unit telefon bimbit dari jurujual selepas jurujual itu enggan menggantikan telefon bimbit yang dibelinya terlebih dahulu.

Sementara itu, polis berkata malam ini, orang ramai mula bersurai perlahan-lahan sekitar jam 10 malam selepas diarahkan meninggalkan kawasan itu.

"Mereka salah faham apa yang berlaku selepas membaca berita di media sosial. Pihak polis menasihatkan mereka dan ada yang menerima penjelasan itu tetapi terdapat juga beberapa orang yang masih tidak berpuas hati," kata satu sumber.


Baca juga:
?
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang berada di tempat kejadian, sekali lagi menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku dan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan mereka.

"Kami akan menyiasat kedua-dua pihak secara menyeluruh tanpa berat sebelah," kata Tajuddin ketika ditemui malam ini.

Sementara itu, Zainuddin berkata, polis menahan seorang lelaki di kawasan tersebut, yang dilihat "cuba memprovokasi" orang ramai dengan sebatang kayu .

"Nasib baik tiada kerosakan dilakukan kepada premis itu. Kami berjaya mengawal orang ramai dan menghentikannya daripada semakin buruk dan menjadi di luar kawalan," katanya.

Setakat malam ini, polis KL menahan dua lagi suspek bagi membantu siasatan dalam kes pergaduhan malam tadi .

Mereka berdua dikatakan antara 7 yang mengamuk di kompleks itu selepas rakan mereka ditangkap kerana dituduh mencuri itu. – 12 Julai, 2015.
Gambar dan Video : Pergaduhan gaduh Di Plaza Low yat

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

13 respon:

Unknown berkata...

kpeedeenkk berani ker nak bertindak???????? harga barang di LY mmng tak std... jika tersilap langkah atau tak da pengalaman... mmng kena kelentong... harga barang seringgit boleh jad 50 hengget... sy ada pengalaman beli android phone 3 tahun lepas... masa kita dh konfirm nak beli peniaga minta cagaran rm50 sebelum dia pergi ke stor utk ambil produk... lepas tu dia buat kecoh2 sikit dgn nak install itu dan ini dan buatkan kita luopa dgn cagaran rm50 tu...las2 kena kencing rm50... bila kita dtg esoknya nk tuntut peniaga tu dh tak da disitu... stallnya semalam dah org lain pulak yg jaga.. so hati2 LY mmng ada seribu satu jenis penipuan... kpdnkk bila dengar cerita ni dgn selambanya akan bagi jawapan mudah...kenapa tak repot... tapi sebenarnya mereka tahu hal2 begini berlaku di LY... jadi ini sekali lagi membuktikan pemimpin melayu yg tipu melayu dan membenarkan bangsa lain tipu melayu...

ini adalah hasil dari tanggungjawab pemantauan yg tidak dibuat oleh kpdnkk yg selalu bagi alasan tak da kes dilaporkan... patutnya org ramai bukan taji peniaga LY tapi taji kpdnkk yg tak buat kerja...

Tanpa Nama berkata...

Setuju 200%

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat....kpbnkk mkn gaji buta...

Tanpa Nama berkata...

Setujuuu

Tanpa Nama berkata...

13 mei pasti terjadi ..... penghinaan keatas ugama islam begitu menjadi jadi sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Pekida kerana turun, aku pun kena tipu jugak beli cd rom satu dozen, satu dozen tu tak boleh pakai, nak tukar baru dia tak bagi, padahal baru 2 jam aku beli, takkan boleh rosak pulak. Lainlah dah beli berbulan-bulan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju Broo..
Pemimpi,n Melayu jilake jugak

Tanpa Nama berkata...

memang itu sarang penipuan
hati hati
hari ni orang lain esok orang lain yang depan kaunter
sapa yang tanggungjawab
tektik lama

Tanpa Nama berkata...

Kpdnkk dah kenyang bro sebabtulah taknk ambil port pasal aduan peniaga tipu pembeli...

khairul berkata...

pihak berkuasa tak buat kerja macam ni lah..dah kena bayar... terakhir rakyat ambil tindakan sendiri...

Tanpa Nama berkata...

pekida atau peniaga2 melayu patut disuruh buka perniagaan di LY. kenapa dibiar dimonopoli cina. ini tidak sihat.

sepatutnya mesti ada kuota perniagaan utk mengelak monopoli

sama jg mcm spare part aksesori keta... kenapa dimonopoli satu kaum je. geng2 pekida pun diberi peluang bisnes mcm ni

Tanpa Nama berkata...

Masalah cari sendiri... dah dengar khabar tempat tu tak jujur, pegi jugak menyengih kat situ nak beli barang.. pergilah ke tempat lain.. macam dah tak ada tempat lain jual barangan tel dan komputer. Kena tipu 2,3 ratus ringgit PEKIDA sibuk datang... tapi duit rakyat kena songlap beratus-ratus juta dan berbilion2 korang senyap aje pegang telur.....

Tanpa Nama berkata...

Inilah padahnya ,,keadilan tidak ditegakkan,,