Ahad, 19 Julai 2015

PAS tak akan bekerjasama dengan GHB

PAS membayangkan ia tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya, kata timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata ini kerana GHB adalah sebuah parti baharu yang dasar perjuangannya masih belum jelas.

"Kami tak boleh bersama sebab dia parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu, hari ini.

Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.

GHB itu dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin PAS yang menyertai GHB, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

"Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin PAS yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.

"Mungkin itu satu cara yang diambil presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota PAS yang ingin menyertai GHB agar “berundur secara terhormat” daripada PAS.

"Kalau mereka nak isytihar GHB, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.

"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan GHB),tapi jangan berada dalam PAS dalam keadaan yang tak menentu. GHB pun tak, PAS pun tak... itu masalah," katanya. – Bernama, 18 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ada sapa2 nak berkawan dengan PAS?

Tanpa Nama berkata...

kirim salam je la