Khamis, 16 Julai 2015

Nik Abduh .. sudah-sudahlah 'jual' nama almarhum Nik Aziz

Wahai Nik Abduh .. dengar sini baik-baik, betul ke ayahnda Almarhum Nik Aziz cakap begitu? Putuskan hubungan dengan DAP sekiranya DAP memulakan lebih dahulu?

1. DAP hanya memutuskan hubungan dengan Haji Hadi bukan PAS. Ini kerana Haji Hadi sudah membelakangkan pakatan rakyat. Haji Hadi sering ponteng mesyuarat, tidak konsisten dalam keputusan. Haji Hadi pernah 'cerca' Anwar Ibrahim menurut Saifudin

2. Pokok pangkal Haji Hadi bukan PAS. Big Boss kamu yang selalu buat hal. mulut tak boleh diajar. cakap main lepas. Ulama ke apa macam ni?

3. DUP buat usul putuskan hubungan dengan DAP, kemudian disambut pula oleh MSU. Awak kata DAP yang nulakan dulu. Apa ni?

4. Sekarang awak dah petik nama Nik Aziz yang cukup dihormati orang ramai. Anak Nik Aziz belum tentu boleh sama 'taqwa' bapanya. Mungkin awak khilaf dalam mentafsir perkara tersebut.

5. Gabungan Harapan Baru hak rakyat. Aku pun sokong selagi tidak langgar akidah Islam. PAS jangan takut, siku dan lutut kan ada. PAS gagah dan kuat.

6. Cukup-cukup jual nama ayahnda almarhum untuk kepentingan tertentu.

Tindakan PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras
dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika
ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.

"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan PAS, harapannya kalau terpaksa berpecah
biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku.

"Oleh itu, saya yakin apa yang saya pegang adalah pandangan saya dan pandangan bersama ayahanda sebab saya orang yang paling dekat dengan dia," katanya
kepada pemberita ketika ditemui di Kota Baru, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya
masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh berkata pihaknya akur sekiranya terdapat anggota PAS yang membuat keputusan untuk menyertai parti Gerakan Harapan
Baru (Harapan Baru) ataupun DAP.

"Yang buat keputusan untuk berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP.

"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata beliau yakin bahawa pimpinan baharu PAS ketika ini berupaya untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu dalam masa terdekat.

"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan
baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," katanya.

Semalam, beberapa bekas pemimpin kanan PAS melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bertujuan menyatukan semula
parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat
sebelum ini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin
yang berada dalam GHB sebenarnya takut kerana masih menjadi anggota PAS.

"Kalau betul nak tubuh parti baharu, letak lah jawatan dan keluar daripada PAS dahulu... baru orang yakin dengan tindakan mereka," katanya.

Beliau berkata dari sudut komposisi dan perjuangan GHB dan PKR hampir sama dan ia tidak akan memberi nilai tambah dalam pakatan pembangkang. – Bernama,
14 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
KESIMPULAN
1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

Tanpa Nama berkata...

Tolong nasihat puak2 macai pkr dan balaci Dap yg tak sudah2 gunakan nama almarhum ust fadzil noor dan tgna .......... ooppppps begitu juga dgn ratib UG ! UG ! ada berani brokkkk !

Tanpa Nama berkata...

#asalbukandap
#asalbukanumnokorup

Mari beramai2 masuk PAS..

Tanpa Nama berkata...

Mana comment saya?
Blog takde telur
Blogger Sampah..
Takut dgn byg2 sendiri

Unknown berkata...

Lebih baik menjadi hamba Islam dari menjadi hamba sekular DAP.

Tanpa Nama berkata...

1. BILA masa GHP jadi hamba DAP. kami bergabung satu bumbung antara PKR dan DAP untuk kebajikan rakyat keseluruhannya.

2. menuduh GHP hamba / barua DAP / proxy kepada DAP. mana bukti. Inikah sikap PAS yang Islamic. kargh pui ... memfitnah dan menuduh kerjanya. bagi bukti bro.

3. PAS gagal melalui presiden yang mengaku ulama. hina orang dengan tolol, barua, pil kuda. ponteng mesyuarat. langgar agihan kerusi. Patut ke kita hormat?

4. sistem pemilihan terus terang guna senarai chai, itu amalam Islam ke amalan yahudi?

5. cermin diri

6. yang ko takut sangat dengan GHP pahal. kata dah kuat. kah kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

dap pun tak mahu terima hang sebagai hambalah ngok.