Khamis, 16 Julai 2015

Najib akan saman dua akhbar

Mengatakan dakwaan terbaru terhadapnya sebagai “tidak berasas dan berniat jahat”, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan peguamnya memulakan
tindakan undang-undang terhadap 2 akhbar Australia yang menyiarkan laporan mengaitkan
dirinya dengan rasuah percetakan mata wang.

Dalam kenyataan disiarkan laman Facebook hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, artikel tersebut tidak mengandungi dakwaan langsung mengenai
Najib kerana tidak ada bukti perdana menteri terlibat dalam kes itu dan mahkamah sudah membuat keputusan terhadap individu yang disabitkan dan mereka sudah
pun dihukum.

Laporan bertajuk “Bribery scandal linked to Malaysian Prime Minister Najib Razak” disiarkan The Age dan Sydney Morning Herald, akhbar dimiliki Fairfax
Media Group yang disiarkan semalam.

SMH melaporkan permintaan Canberra untuk maklumat dari Putrajaya membabitkan 2 firma Bank Rezab Australia, tidak dipenuhi.

Memetik sumber, harian itu mendakwa pegawai kanan kerajaan Australia maklum akan maklumat risikan yang mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan
bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kes itu.

Laporan itu berkata, Malaysia tidak mempedulikan permohonan bantuan rasmi Jabatan Peguam Negara Komanwel untuk memberikan maklumat yang disifatkan sensitif,
berkenaan urus niaga kewangan sekumpulan orang tengah.

Kes ini mencetuskan pendakwaan terhadap beberapa ahli perniagaan Australia yang bekerja dengan Percetakan Wang dan Matawang Keselamatan Australia, laporan
SMH dipetik.

Menurut laporan itu, pegawai Malaysia didakwa disogok 2 syarikat itu bagi memperoleh kontrak menukar wang kertas kepada polimer di antara 1999 sehingga
2009.

Sebahagian daripada orang tengah yang korup itu dikatakan rapat dengan pejabat Najib dan Abdullah, laporan itu menambah. – 15 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: