Jumaat, 31 Julai 2015

Najib .. apa beza antara Altantuya dengan RM2.6 billion ..? Tak berani ..?

Isu wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak semalam.

Dalam video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.

Dengan ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya, orang ramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh dan mantap daripada Najib sendiri.

Di kepala orang ramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi saja.

Dengan terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan ramai mengenainya.

Meskipun dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.

Mengukuhkan lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin, berhak mengetahui atau mencampurinya.

Dalam cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Memang akaun bank adalah hak peribadi seseorang, tetapi oleh kerana Najib merupakan Perdana Menteri, beliau tidak berhak menyembunyikan daripada sumber mana wang itu diperolehi dan apa tujuan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Ini menjadikan selagi Najib sendiri tidak berterus-terang mengenai wang tersebut, bahananya akan terus berlarutan dan membadai, bukan saja keyakinan rakyat terhadap dirinya, malah kepada UMNO dan BN sehinggalah tarikh pilihanraya umum akan datang.

Pilihan terbaik bagi Najib ketika ini adalah dengan pergi ke mana-mana masjid, junjung Al Quran dan berumpahlah dengan nama Allah bahawa wang RM2.6 bilion itu tidak pernah masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan terhadapnya itu fitnah serta dusta semata-mata.

Jika dalam kes Altantuya yang dikaitkan dengannya, beliau dengan berani bersumpah tidak mengenali wanita Mongolia itu, Najib juga sewajibnya berani berbuat demikian sekali lagi untuk membersihkan namanya serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya.

Walaupun perbuatan bersumpah ini masih banyak dipertikaikan dari segi wajar atau tidaknya dari sudut agama, ia sekurang-kurangnya menunjukkan Najib berani berdiri atas panji-panji kebenaran dan dalam masa yang sama memudahkan jentera propaganda dan tentera siber UMNO memperjelaskan isu tersebut kepada rakyat jelata.

Sumpah Najib itu setidak-tidak boleh diviralkan di alam maya dan media sosial untuk membuktikan dirinya benar-benar bersih daripada dakwaan tersebut.

Isu wang berbilion ini sebenarnya bukan saja harus ditangani dari aspek undang-undang, tetapi perlu juga diredakan dari sudut persepsi dan keyakinan rakyat, sekurang-kurangnya sehingga pasukan petugas khas melakukan siasatan dan mengumpul bukti-buktinya.

Seperti dalam kes Altantuya, Najib bersumpah dulu pun ketika perbicaraan kes itu sedang berjalan di mahkamah dan ia dilakukan semata-mata untuk menepis persepsi umum yang tidak habis-habis mengaitkannya dengan wanita tersebut.

Jika dulu boleh bersumpah, kenapa tidak sekarang ini?

Lagi pun, dengan bersumpah itu tidaklah nanti ia menjadikan penjelasan banyak pihak dalam UMNO jadi berbeza-beza dan pakai logik akal masing-masing saja. Sumpah itu saja sudah memadai sebagai hujah paling kukuh untuk mempertahan dan menafikan sebarang kaitan Najib dengannya.

Apa lagi Najib....tunjukkanlah keberanian sekali lagi!! (SH 31/07/2015)


Shahbudin Husin

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

dulu nasibnya seperti telur dihujung tanduk sekarang telur tu dah jatuh tunggu masa kena pijak jer.....

Tanpa Nama berkata...

apa lagi panglima bugis ilang tulur..g la junjung kfc lagi bagus daripada junjung quran- psl junjung menjunjung tu bukan secara islam la..tu secara umporno punya cara? kah..kah..kah.nasihat aku kepada paanglima bugis ilang tulur...junjung la patung kfc tu psl ko punya muka dgn patung kfc tu sama aje..adik beradik sepusat sepusing la kot? kah..kah..kah..?

Unknown berkata...

Altantuya us control ... rasuah dan penyelewengan kat msia jibbon kontrol...

teringin menang berkata...

Kata-kata tu lapik la sikit bro! Ko marah macam x de brek langsung. Aku ni x ler menyebelahi sesaper tapi kesopanan aku hargai. Lagipun beliau tetap pm yg masih berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Ya...sememangnya diatas dunia ini kita boleh lepas dari segala hukuman...semua akan ke neraka...termasuklah yang mengarahkan pembunuhan walaupun tidak bunuh sendiri...termasuklah yang menolong melepaskan beberapa individu2 tertentu kerana pangkat VVIP...termasuklah juga yang membantu menyalurkan kewangan dengan syarat2 tertentu dan lain2 yang terlibat...Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...