Sabtu, 11 Julai 2015

Malang lelaki ini dicakar teman wanita kerana tidak mahu bersetubuh

MALANG bagi seorang lelaki apabila dia diserang secara ganas oleh teman wanitanya dipercayai gara-gara menolak permintaan wanita itu untuk mengadakan hubungan intim dalam satu kejadian di sebuah rumah di Augusta, Georgia, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beberapa portal berita antarabangsa semalam melaporkan, suspek Tabatha Lee Grooms, 35, didakwa menyerang Carlos Rodrecus Grace, 30, dan ibu mangsa, Betty Clark, 66.

Marah ekoran permintaan nafsunya itu tidak dipenuhi, Grooms beberapa jam sebelum kejadian keluar sebelum pulang semula dalam keadaan mabuk pada kira-kira 11.30 malam.

Grooms dikatakan bertindak menyerang, mencakar muka dan kepala serta leher teman lelakinya yang sedang berehat di atas sofa.

Laporan polis yang dibuat juga menyatakan Grooms turut menghemburkan kata-kata kesat kepada Grace dan menumbuk ibunya dibahagian mata kiri.

Wanita itu kini didakwa atas kesalahan menyerang dan keganasan domestik serta ditahan di sebuah penjara di Richmond.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: