Khamis, 2 Julai 2015

Lagi soalan untuk Annuar Musa isu Mara

Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini mengajukan lagi soalan kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan
Sri Annuar Musa berkaitan pembelian hartanah di Australia yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Annuar ataupun mana-mana pihak yang mempunyai jawapan perlu menjawab kerana isu itu melibatkan kepentingan awam.

"NOW ada soalan cepumas untuk Tan Sri Annuar atau mana-mana pihak jawab. Mengapa Mara meluluskan pembelian 51 Queen Street yang harganya RM18 juta lebih
mahal daripada harga pasaran?

"Siapakah yang memiliki 51 Queen Street sebelum Mara Inc (Mara Incorporated Sdn Bhd) membelinya? Dan adakah hartanah keempat iaitu 746 Swanston Street
turut melibatkan pembelian pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran?," katanya pada sidang media di pejabat NOW, di sini, hari ini.

Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara itu membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House
RM51.5 juta kepada RM65 juta.

Isnin lalu, NOW mendedahkan tiga lagi hartanah yang didakwa dibeli oleh Mara Inc di Melbourne, Australia iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street
dan 51 Queen Street.

Dalam sidang media hari ini, NOW memetik laporan dana hartanah yang pernah memiliki bangunan 51 Queen Street, Quintessential Equity yang menyebut Mara
Inc membeli bangunan 51 Queen Street dari pihak yang tidak dinamakan pada harga RM70.4 juta pada Mac 2013.

"Pembelian ini adalah RM18 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Group of Companies (QGC).

"Ini menunjukkan pembelian 51 Queen Street melibatkan kaedah sama dengan pembelian Dudley International House dan 333 Exibition Street iaitu harga yang
dibayar Mara Inc jauh lebih tinggi dari harga pasaran," katanya.

Pada sidang media sama, beliau mendedahkan bahawa lebihan bayaran bagi pembelian tiga hartanah Mara Inc, Dudley International House, 333 Exhibition Street
juga 51 Queen Street itu berjumlah RM66.2 juta.

"Jumlah lebihan bayaran bagi Dudley House, RM15.2 juta; 333 Exibition Street RM33 juta dan 51 Queen Street RM18 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM66.2
juta.

"Berdasarkan bukti-bukti didedahkan setakat ini, ianya seolah-olah menunjukkan satu modus operasi yang sistematik dan NOW yakin wujudnya unsur pecah amanah,"
katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: