Sabtu, 11 Julai 2015

Jangan pertikai kewibawaan kami .. hehehe

Pasukan petugas khas menyiasat dakwaan pemindahan wang sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) ke akaun Datuk Seri Najib Razak yang didakwa berasal daripada
1Malaysia Development Berhad (1MDB), merayu orang ramai agar tidak mempertikaikan kredibiliti mereka dalam melakukan siasatan.

Rayuan itu dibuat sewaktu Jabatan Peguam Negara serta tiga agensi penguatkuasa lain dikritik ramai pihak ekoran struktur birokrasi mereka yang menyaksikan
mereka selama ini melapor kepada pihak disiasatnya sekarang iaitu perdana menteri Malaysia.

"Pasukan petugas khas berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan Bank Negara Malaysia, Polis Di Raja Malaysia  dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia dalam mengendalikan tugas dan fungsi mereka dalam siasatan ini.

Genap seminggu selepas dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib, Sarawak Report semalam mendakwa isteri perdana menteri itu pula menerima deposit
dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi
ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Kenyataan terkini dari pasukan yang diketuai empat agensi penguatkuasa dalam negara ini belum cukup diyakini ramai orang kerana skop siasatan mereka yang
melencong jauh daripada jangkaan orang ramai.

Mereka sehingga kini belum mengumumkan sama ada wujud pemindahan dana RM2.67 bilion yang didakwa dibuat kepada akaun peribadi Najib.

Sebaliknya, pasukan itu sekadar mengumumkan mereka tidak membekukan akaun Najib kerana ia sudah ditutup.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut serta dalam pasukan itu sekadar mengumumkan pihaknya akan memburu orang yang membocorkan dokumen
yang digunakan WSJ dalam laporan mereka. –  10 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mana yang betul? PASUKAN PETUGAS KHAS MENYIASAT DAKWAAN atau PASUKAN PETUGAS KHAS MEMBERSIHKAN DAKWAAN?