Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata laporan yang disiarkan pada hari ini adalah salah dan mengelirukan.
"Presiden PAS menyebut undi tidak percaya di Parlimen salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.
Samsuri berkata, akhbar itu berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.
Sehubungan itu, katanya, PAS mendesak BH membuat permohonan maaf dan membetulkan laporannya.
"Kami mendesak pihak BH meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam," katanya.
Dalam kenyataan itu, PAS berkata tindakan selanjutnya akan diambil jika BH enggan berbuat demikian.
Hadi sebelum ini ditanya mengenai pandangannya mengenai undi tidak percaya kepada kepimpinan perdana menteri, pada satu sidang media yang dirakamkan dalam
video berdurasi 1minit 34 saat bertajuk "Undi tidak percaya adalah proses demokrasi".
Dalam jawapannya, Hadi berkata ia merupakan salah satu proses demokrasi biasa dan negara yang mengamalkan demokrasi boleh membuat undi kepercayaan di Parlimen
melalui dewan negeri.
"Itu salah satu proses demokrasi biasa dalam negara. Negara yang mengamalkan demokrasi boleh membuat undi kepercayaan oleh Parlimen melalui dewan negeri,
ia boleh dibuat dan melalui pilihan raya (pun) boleh dibuat. Itu proses demokrasi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada PAS merancang membuat undi tidak percaya, Hadi berkata, pihaknya masih mengkaji keperluan undi tidak percaya tersebut.
"Itu kita lihat dulu. Kita melihat kewajaran ataupun tidak, kita akan kaji. Kita lihat keperluannya sekarang ini dilanda masalah negara.
"Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu," katanya. – 31 Julai, 2015.
Ulasan aku ...
* tak sabar tunggu sidang parlimen akan datang dan dan nak tengok usul tidak percaya.
Nak tengok juga ahli parlimen PAS
Nak tengok juga Haji Hadi hadir ke tidak ..?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Apa laa tuan presideng ni......semua orang nak jatuhkan najib, dia berdolak dalih macam nak bela najib jer....
Itulah kau x tahu.. bacaan politik beliau amat tinggi...
Pusingan pertama TGHH dah terbukti betul.. kalau diikut kata pembangkang lain yg awalnya nk jatuhkan najib, pasti kini muhyidin dah ambil alih maka UMNO bertambah2 lah kuat kembali di kala pembangkang yg kini agak lemah..
Sekarang tgk apa dah jadi.. bertambah porak peranda UMNO bila TGHH 'memberi' sokongan yg membawa rebah!! Dan bertambah lah kucar kacir UMNO kini.. bacaan politik yg cukup 'unexpected'..😄
Catat Ulasan