Isnin, 20 Julai 2015

Betoi ka Mat Sabu cakap macam ni mengenai PAS?

KEPALA BATAS: PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan.

Kenyataan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dia yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.

Katanya, Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

Jelasnya yang dipetik daripada Bernama, GHB akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan PAS termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Mat Sabu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di Kepala Batas.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik namun menafikan GHB adalah proksi
DAP.

“Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik,”
katanya. 

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ya, memang betul. banyak sebab...ulama dah pakai serban syiah, makihamun, caci mencaci, label malabel, tunjuk akhlak yg burun macam FIRAUN bla bla bla bla bla

IrWrWs berkata...

Alhamdulillah kerana perhimpunan di kota bharu dan perlis telah mendapat sambutan hangat.. kalau sebaliknya kurang sambutan saya bimbang diaorg tak jadi keluar dari parti PAS..

Tanpa Nama berkata...

Berasa diri tu mulia la tu..org lain xsokong pas semua tercemar..itu agaknya pemikiran wan rosli ni.Sombong..

Tanpa Nama berkata...

bahaya islam liberal mengatakan ulama dan himpunan ulama sebagai syiah. Islam liberal adalah sebahagian daripada agenda yahudi secara halus. Islam kasar ialah syiah yang membunuh ahli sunnah. Lihat Iran dan Amerika. Drama bersiri di tanah Arab akhir negara liberal diberi kepada Iran setelah Amerika rosakkan.

Tanpa Nama berkata...

Hai Wan Rosli
Tak sangka kan...