Rabu, 8 Julai 2015

Apa ni .. akaun yang disiasat bukan akaun yang dideddahkan WSJ?

Akaun-akaun dibekukan pasukan petugas khas menyiasat dakwaan wang sebanyak AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan akaun yang sama dilaporkan eksklusif Wall Street Journal (WSJ).

WSJ melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat " berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas".

Selain 6 akaun dibekukan, dokumen dikaitkan dengan 17 akaun bank di dua bank turut dirampas pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan petugas dalam satu kenyataan hari ini, bagaimanapun tidak menamakan bank di mana akaun dibekukan, juga tidak mengatakan sama ada ia milik Najib.

Bagaimanapun, sumber lewat hari ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang 3 daripada akaun dibekukan adalah milik Najib, bersama AmBank dan Affin Bank.

Tindakan pasukan petugas menyiasat berikutan laporan WSJ pada Jumaat lepas yang AS$700 juta (RM 2.6 bilion) berlegar melalui syarikat berbeza dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia didepositkan dalam 2 akaun dimiliki oleh Najib di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.

Jumlah terbesar AS$681 juta didakwa dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

WSJ hari ini juga mengeluarkan dokumen yang menunjukkan aliran pemindahan dana kepada akaun Najib bagi menyokong laporannya.

Dokumen-dokumen ini termasuk arahan pindahan telegraf, carta yang menunjukkan aliran yang dikatakan wang, bentuk kiriman wang dan surat kuasa deposit tunai oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, kepada pengurus cawangan AmIslamic Bank Bhd.

SRC juga merupakan satu daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam aliran wang katakan WSJ, yang dilaporkan berdasarkan dokumen diperoleh daripada siasatan kerajaan Malaysia.

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan kini menghadapi cabaran paling sukar sebagai perdana menteri berhubung 1MDB dikritik kerana urusan mencurigakan dan jumlah besar RM42 bilion hutang yang ditanggung dalam masa 6 tahun operasi.

Najib menafikan mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi tetapi sebaliknya tidak memberi sebarang penjelasan terhadap pemindahan wang yang didakwa. – 7 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Asrul Sani berkata...

Memang itulah tujuan siasatan. Akaun yang dimasukkan duit berbilion tidak disiasat, akaun lain yang bersih disita....akhirnya siasat mendapati akaun yang dibekukan tersebut adalah bersih kerana hanya caruman gaji bulanan PM 1Malaysia saja yang dimasukkan dan orang yang menuduh dari dalam dan luar negeri semuanya melakukan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Macam tak biasa pulak, spin tetap berjalan utk sucikan pemimpin agong bertaraf khalifah abad ke 21 tak ke gitu tuan2 guru pas? Kita kena pertahankan pemimpin kita kena fitnah tetapi pemimpin kita zalim kita sokong sebab mereka tindas rakyat aje bukan buat apa2 pun!

Lepas ni kita pakat2 sokong najib sebab penaikkan TOL pulak, yahoooo............hidup najib. Bodoh! sungguh org melayu ni kata pemimpin umno.

Tanpa Nama berkata...

Nak menegakan benang basah yg dh lunyai. Mcm2 lah putar belit alam keluar nak cover c penyamun maha besar ni. Tgu Malaysia muflis bole bertahan lagi kah? Xde apa yg bole diselamatkan. Wak hasil balik asal gak.