Zaid yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) mengakui sedang memikirkan perkara itu kerana tertarik dengan senario semasa politik tanah air yang disifatkan sebagai ‘rancak’.
“Saya memang sedang fikirkan untuk muncul semula dalam dunia politik. Melihat keadaan politik sekarang, memang rancak. Tengoklah dulu macam mana,” katanya.
Beliau ditemui ketika menghadiri pelancaran Pameran Amal Lukisan Bruce Lee anjuran Gabungan Impian Kelantan (GIK) yang dipelopori DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta golongan Anwarinas dalam Pas di kompleks beli belah KB Mall di sini semalam.
Yang turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Pameran amal berkenaan diadakan bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan, termasuk merealisasikan rancangan GIK mahu mewujudkan sebuah perkampungan baharu untuk 40 keluarga di Guchil, Kuala Krai.
Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi beliau bakal menyertai parti baharu yang direncanakan oleh G18
Beliau sekadar berkata, rakyat sememangnya memerlukan sebuah parti baharu memandangkan Pas sekarang telah dimonopoli ‘orang lama’ dan bakal menjadi parti yang sempit perjuangannya sebagaimana UMNO.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan