Selasa, 23 Jun 2015

BUKTI: Tun Razak tubuh Felda, Najib jahanamkan

KUALA LUMPUR 23 JUN: Felda merupakan legasi Tun Razak, namun pada zaman pemerintahan anaknya, Najib Razak agensi itu tidak lagi boleh mempertahankan namanya dan menghadapi pelbagai masalah pengurusan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Perladangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, agensi itu kini dilihat gagal menguruskan wang para peneroka dan terus dibelit pelbagai dakwaan ketirisan.

Najib-Felda“Di zaman pemerintahan Najib, Felda mengalami banyak masalah terutama penyelewengan dan ketirisan. Apa yang malang ketirisan itu melibatkan wang peneroka. Maka legasi Tun Razak untuk menambahkan pendapatan peneroka miskin, tidak kesampaian.

“Apa yang jelas Felda banyak membazirkan wang. Keuntungan yang diperolehi Felda bukan untuk dinikmati peneroka, walhal duit yang dilaburkan adalah hasil titik peluh para peneroka itu,” katanya kepada Keadilan Daily.

Shamsul memberi contoh pembaziran terbaharu, apabila Felda didakwa membayar sebanyak RM680,000 sebulan hanya untuk membersihkan ibu pejabatnya Menara Felda melalui tender yang dianugerahkan pada September 2013 lalu.

(Berita lanjut dapatkan akhbar Suara Keadilan edisi 23 Jun di pasaran)


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66921

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: