Selasa, 16 Jun 2015

TMJ: Ramai orang Putrajaya ingin belasah saya



Tengku Mahkota Johor mengucapkan terima kasih terhadap rakyat Johor yang hadir menyatakan sokongan ketika baginda bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Menegaskan akan bersuara demi kesejahteraan rakyat, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat menyindir “orang di Putrajaya”.

“Saya tak mahu bercakap banyak, kerana ramai orang di Putrajaya nak whack (belasah) saya,” kata baginda merujuk kepada kenyataan lantang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Tunku Ismail juga menegaskan bahawa baginda akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

“(Ini) sebagaimana pesanan Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor,” katanya.

Ratusan berkumpul di luar istana negeri di Bukit Serene, Johor Bahru petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenyataan menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tunku Ismail turut serta dalam perhimpunan itu dengan bersalaman dan menundukkan kepala kepada orang ramai tanda beliau seorang “hamba rakyat”.

Orang ramai dilaporkan menuntut Nazri meminta maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang menegur Tunku Ismail kerana menyifatkan orang yang menggambarkan Datuk Seri Najib Razak mahu menyembunyikan sesuatu.

Tunku Ismail menyatakan kritikan itu selepas Najib tidak hadir dalam dialog terus terang bersama NGO atas alasan keselamatan dan nasihat polis.

Pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun turut serta dan berjaya mencuri pentas sebelum diberhentikan dan diiring keluar daripada acara itu oleh polis.

Tidak senang dengan perkara itu, Nazri kemudian meminta Tunku Ismail tidak campur tangan dalam hal ehwal politik atau bersedia untuk 'dibelasah'.

- m.kini -

Ratusan Warga Johor berhimpun memberi sokongan kepada Tengku Ismail


Ratusan penyokong Sultan Johor berkumpul di luar istana negeri di Bukit Serene, Johor Bahru petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenyataan menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Kumpulan tersebut, termasuk wakil NGO IKRAM, PERKASA dan persatuan kuil, berhimpun sejak jam 4 petang.

Kumpulan yang rata-ratanya dari pelbagai kelompok kaum itu turut membawa kain rentang dengan slogan “daulat tuanku” dan turut melaungkan slogan sama.

Para peserta perhimpunan tersebut disambut oleh Tengku Mahkota Johor yang mengucapkan perhargaan kepada mereka.

"Saya tidak mahu bercakap banyak kerana ramai orang di Putrajaya yang nak belasah saya," katanya dalam satu perutusan.

Beliau turut meluangkan masa untuk bersalaman dengan para peserta perhimpunan tersebut.

Sementara itu, laporan Sinar Harian memetik kenyataan seorang jurucakap, Abullah Md Yusof yang berkata, kumpulan itu kecewa dengan tindakan Nazri.

"Kita juga mahu Mohamed Nazri memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor di atas tindakan beliau," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Ia sebagai tindakan balas kepada Nazri, yang menyelar Tengku Mahkota Johor kerana mengkritik perdana menteri.

Nazri pada hujung minggu lalu memberi amaran kepada putera raja tersebut supaya tidak masuk campur dalam hal ehwal politik jika tidak mahu “dibelasah” oleh kerajaan.

Sementara itu, laman rasmi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memuat naik tulisan bahawa perhimpunan itu mendapat reaksi positif rakyat yang sentiasa menyokong institusi kesultanan Johor.

Johor Southern Tigers juga berkata saat paling menyentuh emosi rakyat adalah apabila TMJ menundukkan kepala tanda hormat dan demi menunjukkan bahawa baginda adalah hamba rakyat Johor.

Tunku Ismail juga presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: