Jumaat, 26 Jun 2015

Skandal MARA: Contohi polis Australia bertindak cepat, Hanipa beritahu PDRM

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menggesa polis Malaysia segera bertindak menyiasat dakwaan sogokan dalam kontroversi pembelian hartanah di Australia yang melibatkan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Hanipa, yang juga seorang peguam, berkata ini kerana rakan sejawat mereka di Australia sudah melakukan beberapa
serbuan sejak liputan kes itu mula tersiar.

"Hari ini dilaporkan polis di sana sudah membuat serbuan.

"Diharap polis di sini perlu bertindak cepat. Jangan setakat kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja. "Kita harap polis
akan menyiasat kes ini secara keseluruhan," katanya selepas mengiringi bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membuat laporan polis berkenaan
kontroversi itu, pagi ini.

Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan pihak berkuasa Australia melancarkan beberapa serbuan di Melbourne susulan laporan kontroversi itu oleh akhbar The Age.

Polis Persekutuan Australia turut merampas beberapa komputer dan fail di sebuah rumah di Vermont South pagi ini, dan banyak lagi serbuan dijangka dibuat
dalam operasi yang diberi nama Operasi Carambala itu.

Sementara itu, Dzulkefly dalam laporannya menggesa polis menyiasat pembelian hartanah di Australia yang dilakukan Mara.

Dalam laporannya, beliau percaya terdapat unsur jenayah seperti salah guna kuasa, pecah amanah, rasuah dan penipuan dalam uus niaga itu.

"Saya menggesa polis menyiasat secara terperinci dan mendalam berkenaan perkara di atas supaya mana-mana pelaku jenayah berkaitan isu pembelian hartanah di Melbourne itu dapat dibawa ke muka pengadilan," laporan Dzulkefly dipetik.

Kelmarin, akhbar The Age Australia mendedahkan Mara membeli sebuah pangsapuri pada harga RM65.2 juta walaupun harga sebenarnya hanya RM51.5 juta.

Lebihan pembayaran itu didakwa disalurkan kepada seorang pegawai atasan Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.

Pemaju di Australia pula didakwa mengeluarkan invois palsu dengan butiran "perkhidmatan jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia.

* patutlah kita tertinggal jauh dari negara lain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

SAME LE MCM KES LEMBU DUDUK KONDO