kerja dan prestasi mereka.
Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.
Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat melalui memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan
prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.
Semua kerja itu perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.
Melalui sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang di antara mereka Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa,
Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta, Suhaizan Kayat, Dr Mariah, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad dan beberapa lagi tidak menjunjung dan mempertahankan kepimpinan
ulama.
Bagi saya tuduhan itu perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan pelbagai cara. Kemudian mereka dikumpulkan dalam kumpulan (Jebon) dan
anti ulama. Lebih parah lagi mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin parti lain sama ada PKR atau DAP.
Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diserang DAP. Saya menjadi sasaran
utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam kemelut menteri besar Selangor dan hadapi DAP.
Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin PAS supaya putus hubungan dengan DAP dan bersedia
untuk "bersendirian".
Kemuncaknya, bila Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun, 2015 lalu menegaskan syarat tahaluf siyasi dengan
DAP sudah rosak dan tamat.
Usul Muktamar Dewan Ulama diluluskan pada hari yang sama dan mendapat sokongan 100% daripada perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.
Kira-kira 10.30 malam 4 Jun, 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana saya, Salahuddin, Mahfuz, Husam, Hanipa, Dr Hatta, Dr Siti Mariah dan
lain-lain semuanya tewas. Seminggu sebelum itu presiden memberi pandangan ahli PAS boleh pilih sama ada mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan
dasar. Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.
Di Muktamar pada 6 Jun, 2015 usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul kawasan Tumpat dan Dewan Ulama. Bila usul itu diluluskan,
ia menjadi gempar.
Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang (yang paling terkesan). Bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor - kerajaan negeri,
exco, jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih 5,000.
Ucapan penggulungan pada 6 Jun, 2015 saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP.
Sekarang saya dapat melihat menggunakan melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, Agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.
Sudah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP.
Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal sudah dinyahkan. Kedudukan dan jawatan paling dikejar? Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
9 respon:
Ulamak memimpin, yg lainnya membantu..tidak sblknya..itulah hakikatnya.
Assalam YB, kami cadangkan buat parti Islam yg baru. Nama PAS orang ramai tak suka dah.Berjuang untuk Islam bukan melalui PAS sahaja, tetapi parti Islam yg lain pun boleh.
Walaupun mewujudkan parti baru bukan lah mudah tetapi jika semangat yg kuat insyaa Allah boleh berjaya. Contohi lah parti Keadilan dn Pembangunan di Turkey. ws
Mohon Mat Sabu jadi Mursyidul Am DAP.
Ulama ,putar belit,yg lainnya anggok2...tidak sebaliknya..itulah tanda bangang.
Betul sekali. Terutamanya kalau dapat ulamak macam Asyahid Hassan Al Bana. Kalau kat sini tak nampak lagi. Ini zaman maju pengikut dah cerdik dan musuh-musuh Islam juga hebat-hebat. Sendiri fikir sudahla.
Dah kalah banyak la cekadak kau mat sabun
Dah kalah banyak la cekadak kau mat sabun
Tak sepatutnya mat sabu dikalahkan. Sekarang apa dah jadi. Harus jawatan yg dikosongkan oleh PAS akan diisi oleh PKR.
agak muasabah kisah berlakunya perjalanan muktamar yang baru berlalu seperti yang dikesahkan oleh abang mat sabu yang saya hormati,,,,,disini saya rasa sedikit terkilan atas kata2 yang sering diucapkan oleh mereka2 yang terpilih dalam pemilihan muktamar itu. mereka tidak mengejar jawatan, sebaliknya mencari keredhaan ALLAH. sukar bagi saya meletakkan kebenaran antara dua perkara ni. secara jujur saya akan lebih menyokong abang mat sabu,,, sebab saya mengikuti perjalan keterbukaan politik beliau,,,, mengenai keradhaan allah, saya juga memahaminya,, sebab saya orang islam,, saya faham istilah ,,,ilahi anta maksudi, waredha qa maqlubi.... tapi perjalanan muktamar itu benar2 ke bermula dengan niat kerana allah,,, dan hasinya mengapa ramai bilangan pemerhati mempunyai ruang mempertikai kan perjalanan muktamar yang baru berakhir.... maaf jika keterlauan,,,
Catat Ulasan