Khamis, 11 Jun 2015

MSU jangan jadi bacul

- penburukonline

1. DUP telah sebulat suara membuat usul untuk memberhentikan kerjasama dengan DAP. Sebulat suara, semua angkat tangan setuju, semua kepala angguk setuju. Semua angguk dan mengiyakan apa usul yang dibawa tanpa sebarang tentangan mahupun perbahasan dikalangan DUP. Betullah, khilaf dan perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara membawa kebaikan. Tetapi DUP tidak mempraktikan hal itu. Semua main angguk sahaja.

2. Tetiba Ketua DUP menyalahkan kesemua perwakilan muktamar kerana tidak membahaskan usul DUP tersebut.

3. Kenapa usul itu tidak dibahaskan?

Kuala Selangor : Muktamar PAS ke-61 yang memasuki hari terakhir hari ini agak tegang apabila dua perwakilan lantang mempersoalkan keputusan untuk tidak membahaskan usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP.

Perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Faiz Fadzil bangun selepas Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mahfuz Omar memaklumkan bahawa usul itu tidak akan dibahaskan hari ini kerana ia (usul) sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS berkata usul berkenaan perlu dibincangkan di peringkat pimpinan kerana dibimbangi ia akan menjejaskan kedudukan parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.

Mohd Faiz meminta Mahfuz memperjelaskan alasannya bahawa usul tersebut sensitif dan tidak perlu dibahas sedangkan ia melibatkan hala tuju dasar PAS.

“Muktamar ialah hak perwakilan yang merupakan pemimpin di peringkat kawasan. Apa-apa keputusan di muktamar perlu dibawa dalam pakatan (pembangkang) dan biarlah perwakilan bahas sama ada nak keluar atau tidak.

“Jangan kita nak cerai tapi tinggal serumah…takkan kita tak nak kawan dengan DAP tetapi nak kekal dalam pakatan? Ini satu pakatan yang tempang,” katanya.

Mohd Faiz yang merupakan anak bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor berkata jika PAS berani dan tegas ingin memutuskan hubungan dengan DAP seharusnya muktamar membenarkan perwakilan membahaskan usul berkenaan.

Menjelaskan perkara itu, Mahfuz berkata usul berkenaan sensitif kerana keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP akan memberi kesan kepada kedudukan PAS di Pulau Pinang dan Selangor.

“Yang saya katakan sensitif ialah ia akan memberi kesan politik di Pulau Pinang dan Selangor. Seperti di Pulau Pinang tanpa kita pun mereka (DAP) boleh tubuh kerajaan tanpa PKR pun mereka (DAP) boleh tubuh (kerajaan) dengan simple majority (majoriti mudah).

“Pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Iskandar Abdul Samad) pun tanya saya mengenai bagaimana kedudukan PAS di Selangor kelak. Saya jawab saya hanya jalankan tugas, kesannya kita akan kehilangan kedudukan tetapi kita kena istiqamah dengan keputusan dan istiqamah dengan perjuangan. Yakin dengan Allah SWT walaupun kita bersendirian…ke tuan-tuan tidak yakin dengan Allah?,” soal Mahfuz.

Perwakilan dari Kota Raja, Selangor, Norhalim Sirome turut bangun dan mencadangkan agar usul itu dibincangkan dalam muktamar khas agar ia boleh dibahaskan.

“Perkara ini tidak boleh dibincang dalam hanya dua minit dan buat keputusan dua, tiga orang.

“Sesiapa duduk di Selangor tahu betapa pentingnya tahaluf siyasi (kerjasama politik) ni. Pemimpin jangan ambil mudah…wahai ulamakku ingat memang Allah akan reda tetapi Allah hanya akan reda dengan akal yang terbit daripada pemikiran yang waras,” katanya lantang.

Pengerusi Tetap Husin Ismail kemudian berkata perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan PAS pusat dan meminta perwakilan bertenang.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP itu akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
BERNAMA

4. Sekarang kita baca pula apa yang dikatakan oleh Ketua DUP.

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas tidak seharusnya dipersalahkan kerana mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dilulus tanpa dibahaskan dalam muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sebaliknya muktamar yang perlu dipertanggungjawabkan kerana bersetuju menerima usul itu tanpa melalui sesi perbahasan.

“Kalau boleh, memang Dewan Ulama mahu usul itu dibahaskan supaya kita boleh dapat pandangan dan bincang tentang kesan kepada parti jika usul itu dilaksanakan.

“Tetapi, apabila muktamar buat keputusan lulus tanpa bahas, kita terpaksa terima walaupun terkilan. Jadi, sekarang, harap Dewan Ulama tidak dipersalahkan kerana ia sudah jadi tanggungjawab muktamar,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Bendahari Pas Pusat, Asmuni Awi, kelmarin mengatakan Dewan Ulama perlu mengakui kesilapan meluluskan usul tersebut sehingga menyebabkan masalah terhadap Pas berhubung kedudukan wakil parti itu dalam kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, isu itu timbul kerana usul tersebut tidak dibahaskan.

“Kalau dibahaskan, mungkin akan disebut mengenai akibat-akibat itu. Dalam hal ini, jawatankuasa usul yang sepatutnya menjelaskan sebab usul itu diterima tanpa bahas,” katanya.


Bagaimanapun katanya, keputusan muktamad pelaksanaan usul itu hanya boleh diumumkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat.

“Sekarang keputusan masih tergantung, belum ada kata putus. Saya sendiri tidak pasti bila mesyuarat itu akan diadakan, mungkin lama lagi.

“Sebab itu, kita minta rakan-rakan di Pulau Pinang dan Selangor bersabar dan jangan buat keputusan terburu-buru,” katanya.
sinar harian?

5. DUP mahu usul dibahaskan, tetapi 'pihak tertinggi' memuktamadkan usul tidak perlu dibahaskan kerana P.Pinang dan Selangor.

6. Aku syorkan MSU menyegerakan mesyuarat untuk membincangkan usul DUP. DUP tolak DAP. Jadi MSU harus memurnikan maruah seluruh anggota DUP yang angguk akan usul tersebut.

7. P.Pinang dan Selangor biarkan mereka memerintah. PRU 14 nanti tanding semua kerusi di dua negeri tersebut tanpa kerjasama dengan DAP. Yakinlah pada Allah. Kenapa perlu takut seperti kata pemimpin teratas.

8. Kemudian MSU peru juga membuat keputusan bersama Jawatankuasa PAS Pusat untuk mengeluarkan surat segera agar semua wakil PAS menarik diri dalam kerajaan P.Pinang. Wajib berdasarkan usul DUP yang semua anggotanya angguk kepala dan angkat tangan tanda setuju. MSU dan Jawatankuasa PAS Pusat jangan meremehkan maruah diri anggota DUP dengan membuat U-turn!!

9. Isu sekarang bila MSU ingin bermesyuarat? Lagi cepat lagi nampak bermaruah!

10. PRU 14 nanti, aku yakin dengan pemimpin baru yang terdiri dari pro ulama, pasti akan mendapat keputusan lebih cemerlang dari kepimpinan yang lalu.

11. Nik Abduh sendiri yakin golongan muda akan lebih mendekati PAS dengan berwajah baru.

12. Dengan menyegerakan mesyuarat dan keputusan, aku rasa pro ulama bukanlah 'pengemis' untuk menagih jawatan di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Maruah kena jaga.

13. MSU tak perlu jadi bacul untuk menyegerakan mesyuarat dan memutuskan hubungan dengan DAP.

Sekian, yang lain tuan puan boleh fikir sendiri.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: