Khamis, 4 Jun 2015

Mangkuk mana pulak sebar kapal terbang terhempas di Gua Musang

KOTA BAHARU: Polis Kelantan minta orang ramai menghentikan penyebaran berita berhubung pesawat terhempas di kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang keranasudah disahkan insiden itu tidak berlaku.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata penyebaran berita itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan latihan penerbangan yang dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan terbabit.

"Kami sudah semak dengan semua pihak termasuk pusat kawalan penerbangan, balai polis daerah dan TUDM, memang tiada sebarang kehilangan pesawat berlaku.

"Namun dalam masa yang sama TUDM memaklumkan bahawa mereka ada membuat latihan penerbangan di kawasan berkenaan," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Bersama Mencegah Jenayah di Pusat Transformasi Luar Bandar (TRC) Tunjong di sini, hari ini.

Beliau berkata berkemungkinan pemberi maklumat membuat laporan berdasarkan bunyi pesawat yang terbang rendah itu yang disangkakan terhempas.

"Kita percaya pemberi maklumat itu ternampak pesawat itu yang terbang rendah. Mungkin dia dengar bunyi dan nampak jatuh sebab (pesawat) terbang rendah, tetapi memang tiada. Jadi kita minta hentikan penyebaran viral berkenaan," katanya. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Boleh jadi betul ada pesawat terhempas di Gua Musang itu, tetapi ia hanyalah drone kapal terbang shj. Penceritaan dari mulut ke mulut, menjadikan ianya lebih sensasi.