Khamis, 11 Jun 2015

Kenapa kita marah sangat kepada pro ulama

Ramai yang melabel mereka ini alat DAP, golongan anti ulamak PAS, tidak wala' pada presiden PAS.

Tapi hakikatnya mereka lah yang banyak berkerja keras untuk membawa PAS ke tahab yang lebih jauh dari era 80an dan 90an ke tahab yang diterima perbagai lapisan masyarakat.

Sebelum pemilihan parti berlangsung, kempen hebat dilakukan oleh pro ulamak PAS untuk memburuk burukkan golongan yang lebih kehadapan daripada mereka.

Mana tidak kecewa nya, mereka berkerja keras untuk PAS dan pakatan rakyat, tapi dalam masa sama mereka digelar alat kepada DAP, jebon, pemecah belah jemaah dan lain2 gelaran nakal diberi kepada mereka.

Selepas berakhirnya pemilihan, ada kenyataan pro ulamak PAS berkata PAS sudah dibarisi oleh golongan penyokong dewan ulamak pas dan fikrah2 liberal, jebon, sudah tiada.

Mana tidak terasa jika kenyataan seperti itu dibuat ? Seolah olah sebelum ini barisan kepimpinan PAS tidak bagus, jadi alat DAP / PKR. Pemecah belah jemaah!

Bukan sebab kekalahan membuatkan mereka lemah. Bukan sebab kemaruk jawatan, bukan sebab ditolak oleh perwakilan, Tetapi disebabkan segelintir ustaz PAS pro MSU yang lantang bersuara sehingga tidak sedar telah menghuris perasaan mereka dan menganggap mereka tidak perlu lagi didalam PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: