Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.
“Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir
akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.
“Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada
kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan walaupun ada banyak cabaran,” katanya.
Menurutnya, beliau turut berada dalam ceramah tersebut dan ucapan Abdul Hadi perlu dilihat dalam konteks menyeluruh.
“Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing.
“Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu perlu dilihat
konteks kiasan,” katanya.
Katanya, Abdul Hadi juga tidak menyebut mana-mana pihak dalam ucapannya itu.
“Ucapan beliau umum, tidak ditujukan atau menyebut mana-mana individu, kumpulan atau parti. Jadi, tidak perlu sesiapa terasa,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
10 respon:
Takde syair melayu ler
hadi dok negeri arab ker
knp bagi contoh binatang dan manusia
ckp la nak hina org kapir dhn hayawan
betul tu biarkan anjing terus menyalak
perjuangan tegak hukum Allah diteruskan
Ataupun... kalau terpaksa biarkan shj sekumpulan lembu terus ditarik hidung oleh dap.. kita tetap teruskan perjuangan islam..
Islam mengajar kita menghormati orang lain apatah lagi seagama dgn kita. SYIAH pula menganggap memaki hamun, mencerca dan mengaibkan orang lain boleh menambah pahala. Soalnya SYIAH adalah agama yang berbeza dgn Islam Agama Islam sahajalah agama yang BENAR. Jadi, kenapa kita menyemai budaya dalam parti yang melaungkan KESEJAHTERAAN ISLAM?
Apa nak jadi dengan PAS nie? hari nie cakap berdegar besok pusing, lusa cakap berdegar tulat pusing. Elok jangan cakap langsung lagi baik la...
Mengaku saja yang kita memang ada niat nak menempelak kumpulan yang tidak sehaluan usah beri dalah ,inilah yang dikata baling batu sembunyi tangan agama islam itu benar usah berdalih jika benar,kenapa kita hendak bela menegakkan ucapan tidak dengan syair arab,
PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.
Duvid ka maruah ka
Taraf ulamak dunia. Walaun dok bangga yg HH dah 50 tahun dalam politik. Tetapi yg kita nampak tahap celik politik dan pemahaman realiti politik masih tahap budak tadija kemas. Apa kenda kita nak kata kat HH ni.....banyak contih2 dan syair yg lebih sesuai dapat diguna.
Yang kita jampak trait HH ni ialah jenis mulut xde insuran sebagai pemimpin politik. Kalau nak bercakap HH sebagai ulamak, lagi le out. Bila dipertikai muka la nak konet baring cecah dada kat tar jalan.
Aku sebenarnya dah naik muak. Kalau kita tu dah xcerdik jgn anggap org kain lebih bodo dari kita.....
hukum Allah kunun... pembentangan hudud pun ponteng
piiiiii laaa
takde sapa nk halang hadi bentang hudud
PKR DAP bukan berkuasa kt malaysia
kalau yg halang pun tklain ialah UMNO
tk payah cari alasan anjing menyalak, buat je hudud segera sekarang juga...
ckp nk laksana islam memang senang jd retorik
perlaksanaannya terperinci sila bentang
dah la lembab bongok pulak
kiasan pun x reti
x payah la komen kalau bebal sgt
Catat Ulasan