Sabtu, 13 Jun 2015

Ini alasan Tv3 serang 'legacy' Mahathir

TV3 menjelaskan laporan berkaitan kereta nasional Proton tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini.

Editor Urusan Kumpulan (berita, isu semasa dan jaringan TV) Media Prima Bhd, Datuk Mohd Ashraf Abdullah diminta mengulas dakwaan bahawa TV3 diarah memburukkan Proton kerana ia legasi Mahathir.

“Tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini, dan bukan juga cubaan secara langsung atau tidak langsung untuk menyerang mana-mana individu,” kata Ashraf dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

“Hanya pihak yang baca banyak sangat laporan ini yang buat kesimpulan sebegini,” katanya.

Ashraf berkata stesen itu memang dikenali sering mengetengahkan masalah rakyat, termasuk aduan daripada pemandu teksi.

“Mereka juga berhak didengar,” katanya.

Arahan Jabatan PM?

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mendakwa mendapat maklumat bahawa TV3 cuba memburuk-burukkan Proton, antara legasi Mahathir pentadbiran Mahathir.

Zainuddin mendakwa dimaklumkan kawan-kawannya di TV3 bahawa “kami hanya hamba setia yang menurut perintah, kami terima arahan dari penasihat-penasihat di JPM”.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu berkata terdapat pihak mengajukan memaklumkan padanya bahawa saluran itu sudah tiga malam berturut-turut TV3 menyiarkan keburukan kereta Proton sebagai teksi.

Zainuddin juga memetik sebuah blog yang membangkitkan sama ada ia sebagai usaha menghapuskan legasi Mahathir.

Malaysiakini sudah menghubungi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan masih menunggu jawapannya.


* hahhaha TV3, JPM dan Najib tak perlu sorok. Rakyat akan balas pada PRU nanti.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

TV3 jadi barua Najib...perosak negara.

Proton tu kereta nasional bukannya kereta mahathir... buat apa jadi barua perosak negara.

Tanpa Nama berkata...

Payah sangat tun, bagi jahanam je Proton tu.